Komitmen terhadap kerja tingkatkan keimanan

Oleh Nik Salida Suhaila Nik Saleh

Individu berusaha penuhi keperluan keluarga tanpa minta bantuan dianggap jihad

TUJUAN diciptakan manusia di muka bumi semata-mata untuk beribadah kepada Allah SWT. Tindak tanduk yang bukan ibadat adalah perbuatan sia-sia dan tidak mendapat ganjaran kebaikan di akhirat kelak.
Bahkan, hanya menjadi amalan untuk diri sendiri saja sedangkan pekerjaan yang dilakukan dengan susah payah boleh menjadi ibadat dan meningkatkan keimanan serta ketakwaan kepada Allah SWT.
Click Here
Beribadah bukan sekadar solat, puasa atau menunaikan zakat dan haji saja, tetapi ia meliputi perbuatan lain termasuk menuntut ilmu, mengajar, berjual beli, mentadbir, bertani, berpolitik hatta makan dan minum, asalkan ia dilakukan kerana Allah.

Dalam bidang pendidikan contohnya, sudah tentu mereka yang menuntut ilmu berhasrat menjadi bijaksana sekali gus membebaskan diri daripada belenggu kejahilan. Bagi yang mengajar, mereka mendidik dan membimbing untuk mengeluarkan masyarakat daripada kepompong kejahilan.

Mereka yang menjadikan kerjaya pendidik sebagai ibadat tidak akan mengajar untuk mendapat gaji bulanan, bonus tahunan atau dinaikkan pangkat kerana mereka pasti keikhlasan menabur bakti akan mengakrabkan diri kepada Allah dan menjadi nilai tambah dalam kewajipan sedia ada.

Perlu kita ingat bertambah atau berkurangnya komitmen dalam berkerja tidak akan memberi kesan kepada-Nya yang menyuruh kita melakukan kerja sebagai ibadat.
Perkara ini jelas dinyatakan dalam firman bermaksud: “Dan ingatlah Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembah dan beribadah kepadaKu, Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian daripada mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepada–Ku. Sesungguhnya Allah Dialah saja yang memberi rezeki kepada sekalian makhluk-Nya dan Dialah saja yang mempunyai kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh Kekuasaan-Nya.” (Surah Az-Zaariyaat, ayat 56-58).

Allah memandang rendah orang yang tidak bekerja, sentiasa meminta-minta dan tidak mampu menunaikan tanggungjawab kepada diri sendiri, ahli keluarga, agama, bangsa dan negara, bahkan menjadi beban kepada orang lain.

Hakikatnya, sesiapa yang berusaha mencukupkan keperluan keluarganya dan tidak berharap kepada bantuan orang lain termasuklah kedua ibu bapanya, adalah jihad pada jalan Allah.

Dalam satu riwayat, seorang sahabat daripada kaum Ansar datang kepada Rasulullah SAW untuk meminta pertolongan. Maka Rasulullah pun bertanya: “Apakah tuan ada menyimpan sesuatu barang yang boleh dijual di rumah tuan? Sahabat menjawab: “Ya ada, sehelai kain cadar yang lebar, separuh daripadanya hamba pakai untuk selimut dan separuh lagi hamba bentangkan di rumah, selain itu hamba juga ada menyimpan sebuah mangkuk perak untuk hamba minum.”

Rasulullah bersabda: “Bawalah ke mari kedua-duanya.” Ia mengambil dan diserahkan kepada Baginda, maka Baginda menawarkan barang itu kepada sahabat yang hadir: Siapakah antara kalian yang mahu membeli barang ini?

Seseorang berkata: “Saya akan membelinya satu dirham. Baginda menawarkan kembali: Siapakah yang mahu membeli lebih dari satu dirham? Maka seorang sahabat yang lain berkata: Saya beli keduanya dua dirham.”

Selepas wang itu diterima Baginda, maka diserahkan kepada sahabat Ansar tadi sambil bersabda: “Satu dirham supaya kamu belikan makanan untuk keluargamu dan yang satu dirham untuk kamu membeli kapak dan bawa ke mari.”

Selepas orang itu membeli kapak dan dibawanya kepada Rasulullah SAW, maka Baginda memasang kayu sebagai pegangan kapak itu seraya bersabda: “Pergilah mencari kayu dan juallah dan jangan datang ke mari selama 15 hari.” Maka dia menuruti perintah Baginda dan hasil penjualannya sudah mencapai sepuluh dirham digunakannya.

Kemudian ia datang kepada Rasulullah SAW memberitahu keadaannya, maka Baginda bersabda: “Tidakkah ini lebih baik daripada kamu datang pada Hari Kiamat dengan titik hitam di mukamu (akibat perbuatan meminta-minta dan mengemis)?”

Sumber dari Berita Harian Online – http://www.bharian.com.my/

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s