Kitab Astrologi

“Berani, tabah, bersemangat, spontan, bersaing, dinamik, realistik, suka menjelajah, merintis, berkeyakinan, cergas, cerdas”

Aries merupakan simbol yang pertama. Ia melambangkan kelahiran dan kesedaran diri. Oleh kerana ia melambangkan permulaan dalam putaran astrologi, maka mereka biasanya cenderung untuk memulakan sesuatu.

Mereka berkecenderungan kuat memperlihatkan kepimpinan, sikap ramah, lincah, dan tegas. Mereka adalah perintis zodiak, menjelajah dengan penuh berani mengharungi belantara.

Aries adalah simbol permulaan baru, mereka dinamik dan aktif, sesuai dengan kedudukannya sebagai permulaan zodiak. Dalam hubungan percintaan, mereka romantik dan suka bergurau. Aries sukakan penghargaan dan pujian, dan cenderung untuk tertarik kepada orang yang lincah. Mereka suka bergaul, ramah mesra, dan aktif.

Secara umum, mereka menganggap diri mereka bijak, oleh itu cara terbaik untuk memikat Aries adalah dengan tahap intelektual.

Mereka aktif dan ghairah. Walaubagaimanapun, diingatkan bahawa Aries mempunyai kecenderungan untuk cemburu, dan apabila dalam percintaan, anda perlu memberikan sedikit masa sekiranya anda tidak dapat memberi masa anda seluruhnya.

Mereka suka ditanya nasihat dan pandangan mereka, dan akan memberikan komitmen, masa, panduan, bimbingan, dan simpati sepertimana yang anda harapkan. Nasihat mereka biasanya serta-merta tanpa rasa ragu-ragu.

Mereka adalah jujur dan berterus-terang serta ikhlas. Aries akan sentiasa rasa senang untuk berkongsi pendapat mereka dengan anda.

Cara yang pasti dapat mengakhiri perhubungan dengan Aries adalah mula mendominasi mereka. Mereka bencikannya. Tambahan lagi, mereka tidak suka diberi arahan. Bukan sahaja mereka tidak menerima arahan dengan baik, malah biasanya tidak mahu mendengar pun.

Sekiranya mereka tidak begitu dikongkong, Aries mampu menjadi seorang pasangan yang boleh dipercayai, setia dan exciting.

Aries adalah bersifat api. Sifat api adalah jenis Intuisi. Tergolong sebagai sifat masculine. Pentingkan diri, megah, bersemangat tinggi, kompetitif, perlukan ruang, kebudak-budakan, keras hati, kecenderungan tidak peka terhadap sesuatu, sentiasa bersedia menempuh sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan masa depan.

Aries Utara (21 Mac)

Mereka sukar menerima atau melakukan sebarang perubahan. Jiwa mereka teguh, tidak mudah dipengaruhi, berdikari dan tidak begitu gemar bergantung kepada orang lain. Mereka mudah memahami. Mereka biasanya mampu memberi galakan kepada orang-orang sekeliling mereka untuk berjaya. Mereka adalah insan yang berpijak di bumi nyata dan tidak mudah terpesona dengan pujian yang mereka terima.

Aries Timur (22 Mac hingga 31 Mac)

Mereka biasanya mempunyai personaliti yang istimewa. Begitu menarik dan menawan. Mereka berani menegakkan perkara yang mereka percaya adalah benar terutama berkaitan masyarakat. Mereka selalunya popular. Walaupun mereka kadangkala murung, muram, dan kadangkala berubah-ubah, namun mereka adalah seorang kekasih yang jujur dan penyabar. Mereka amat memahami orangnya. Mereka biasanya mempunyai pertimbangan yang tepat dan jelas.

Aries Selatan (01 April hingga 10 April)

Mereka agak sensitif, tetapi dipenuhi dengan daya tarikan yang mempesonakan. Mereka biasanya ceria. Kebanyakan mereka adalah berbakat. Mereka tidak mementingkan diri sendiri dan suka menarik perhatian orang ramai. Mereka sukakan kehidupan mereka. Mereka mempunyai citarasa yang bagus dan mereka adalah individu yang meminati seni. Walaupun mereka agak emosional, tetapi mereka adalah teman yang baik. Mereka biasanya amat sukar memberi kemaafan.

Aries Barat (11 April hingga Apr 20 April)

Mereka biasanya seorang yang berfikiran bebas. Mereka kuat berangan dan berimaginasi. Mereka selalunya pemalu dan kurang ramah. Mereka bercita-cita tinggi dan bangga dengan diri mereka. Mereka mementingkan reputasi dan maruah mereka. Kebanyakan dari mereka mahukan pengalaman-pengalaman baru. Kadangkala mereka agak resah dan gemuruh. Mereka memiliki memori yang amat baik dan selalunya mudah belajar. Kehidupan cinta mereka agak kompleks.

“Boleh di harap, boleh dipercayai, mesra, sensous, tekun, jujur, sabar, konservatif, rumahtangga, tenang, sempurna, stabil, praktikal, artistik, setia, penyayang, berazam”

Taurus adalah simbol kedua dalam zodiak, beralih dari kelahiran dan kesedaran tentang diri yang di bawa oleh Aries, Taurus memulakan tindakbalas melalui fizikal dalam meneroka kehidupan. Hak milik dan sentuhan fizikal amat penting bagi Taurean. Mereka biasanya cenderung untuk bermewah-mewah, dan berseronok. Taurus adalah simbol fizikal. Dalam hubungan percintaan, mereka setia, romantik, dan kadangkala cemburu.

Andainya anda berminat terhadap Taurean, anda tidak sepatutnya hanya menunggu mereka untuk mendekati anda. Taurus adalah seorang yang sabar, jadi anda perlu bersabar dalam perhubungan bersama mereka. Dalam banyak kes, anda perlu memulakannya.

Sekiranya anda keluar bersama Taurus, buat mereka tahu yang anda seronok dan gembira dengan komitmen mereka. Jika anda memilih restoran, pastikan hidangan dan suasananya dalam citarasa yang baik, dan jika anda merancang makan malam di rumah, rancang dahulu bagi memastikan semuanya sempurna, makananan yang enak, minuman yang sesuai, bunga dan lilin di atas meja, serta muzik lembut yang akan dimainkan sebagai latar. Jika anda dapat menunjukkan kesempurnaan untuk mereka, anda sememangnya berada pada jalan yang baik untuk membina perhubungan yang berkekalan.

Dengan semangat yang tinggi dan great sense of humor, Taurean boleh mendatangkan ketenangan dan kegembiraan terhadap seseorang. Walaubagaimanapun, perubahan mendadak dalam perkara rutin biasanya boleh menyebabkan berlakunya pertelingkahan dengan mereka.

Sekiranya anda mencari seseorang yang boleh diharap dan dipercayai, anda telah menemuinya. Walaubagaimanapun, jika anda mencari seseorang yang sentiasa meyakinkan tentang cinta dan kesetiaaan, mungkin anda perlu mencari lagi. Taurus adalah sangat sensual dan boleh jadi tak lena tidur memikirkan seseorang yang mereka sayang dan ambil berat.

Taurus adalah bersifat tanah. Sifat tanah adalah jenis Deria. Tergolong dari sifat feminine, meyedari kewujudannya di sini dan kini, menghargai kebendaan, keras hati, sabar, disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, cekap, percaya hanya perkara yang boleh dicapai deria.

Taurus Utara (21 April hingga 30 April)

Mereka agak ego dan agresif. Mereka kadangkala merasakan diri mereka adalah ‘mahal’. Selalunya mereka mempunyai minat yang pelbagai. Reaksi mereka terhadap sesuatu perkara amat sukar diduga. Mereka spontan. Sesetengah mereka bercita-cita terlalu tingggi. Kurang fleksibel. Cinta mereka agak sukar difahami tetapi diri mereka sering diidam-idamkan oleh ramai orang. Sikap cemburu mereka kerap menyebabkan kekasih mereka pening kepala. Walaubagaimanapun, mereka seorang kekasih yang hebat dan mempunyai keghairahan cinta yang kuat.

Taurus Timur (01 Mei hingga14 Mei)

Mereka mahukan kehidupan yang selesa dan sempurna. Sesetengah mereka sangat memilih. Sering bersendirian. Mereka tidak suka mencari musuh tetapi mempunyai sikap permusuhan yang agak tebal. Selalunya mereka kurang mempunyai keyakinan diri. Mereka selalunya berani hanya jika perlu. Mereka berjiwa seni, seorang penyusun dan perencana yang baik, lebih berminat terhadap falsafah. Mereka biasanya sangat jujur dan boleh dipercayai hampir dalam semua perkara. Mereka memandang perhubungan percintaan adalah sesuatu yang serius.

Taurus Selatan (15 Mei hingga 20 Mei)

Mereka adalah jujur. Mempunyai nilai-nilai keadilan dan kesaksamaan yang agak tinggi. Mereka periang. Mereka mempunyai sikap diplomasi yang tinggi. Sangat bertolak ansur dan sensitif. Walaubagaimanapun, mereka kadangkala kurang yakin terhadap diri sendiri. Kadangkala pula bersikap keterlaluan. Bagi mereka cinta hanyalah sekali dan amat berhati-hati mencari pasangan. Oleh itu, mereka biasanya agak sukar mencari pasangan.

“Mudah menyesuaikan diri, cekap, pentingkan keamanan, cerdas, ingin tahu, serasi, penuh perasaan, bijak, bertenaga, sastera, merekacipta, mahir, pakar, serba boleh, petah”

Gemini merupakan simbol ketiga. Beralih dari penerokaan fizikal oleh Taurus, Gemini memulakan tindakbalas intelek dalam meneroka kehidupan. Mereka ghairah untuk mengumpul maklumat sebanyak mungkin.

Mereka pintar dan cerdas. Geminian mempamerkan imaginasi yang hebat dan kadangkala cenderung untuk terlalu mengikut perasaan.

Mereka suka mempelajari sesuatu. Dalam hubungan percintaan, mereka suka bergurau, caring dan suka berseronok.

Gemini adalah simbol kembar, sebahagian dari diri mereka perlukan cinta dan sekuriti, dan satu bahagian yang lebih kuat mahukan rangsangan dan novelty. Untuk kekal dalam hubungan bersama gemini, anda harus sanggup memenuhi kehendak emosi, mental dan perasaan mereka. Mereka suka bergelak-ketawa, travel, berbelanja dan sangat gemar kepada pengalaman baru.

Mereka tahu banyak perkara dan hampir semua perkara. Anda boleh hasilkan kesan yang hebat dengan berbincang sesuatu topik dengan mendalam. Gemini menghargai kejujuran dan keikhlasan dalam diri seseorang, oleh itu pastikan anda berkata-kata dengan rasional, walaupun anda tidak mempunyai sudut pandangan yang sama. Selain itu, jangan selalu fokus kepada satu topik sahaja, mereka suka dan berminat kepada kepelbagaian.

Orang yang sangat sosial dan cergas ini mempunyai lidah yang tajam. Mereka biasanya cepat mengkritik dan cenderung menggunakan kata-kata sebagai senjata, oleh itu jika anda seorang yang emosional dan mudah tersinggung, anda seelok-eloknya mengelakkan perhubungan ini.

Apabila dalam percintaan, mereka cenderung menjadi agak cemburu. Hati-hati, jangan sampai mereka mempunyai alasan untuk mencurigai kesetiaan anda. Mereka benci dan tidak sanggup ditipu.

Apabila Gemini telah bertemu dengan seseorang yang boleh mereka percayai dan mengisi keperluan dan kehendak mereka, mereka akan menjadi pasangan yang setia dan exciting.

Gemini bersifat angin. Sifat angin adalah jenis Pemikir. Tergolong sebagai sifat masculine. Berpegang kepada teori, tidak mudah terpengaruh dengan pendapat orang lain, objektif, rasional, kesukaran untuk melibatkan emosi, menghargai kelebihan intelektual, mahukan kebebasan, mempunyai mentaliti ambil mudah, sukakan fakta dan figura.

Gemini Utara (25 Mei hingga 03 Jun)

Biasanya memiliki daya tarikan yang hebat. Mereka kebanyakannya bercita-cita tinggi. Periang, serta pendorong yang bijak. Mereka kadangkala agak suka mendesak. Tidak kisah jika dikritik. Pintar dan berbakat. Kadangkala juga suka berserah pada nasib.

Kebanyakan mereka berkecenderungan untuk mementingkan diri sendiri. Walaubagaimanapun, mereka adalah kekasih yang sangat jujur dan boleh dipercayai. Setia dan berwaspada. Sentiasa mahukan perhatian. Perlukan dorongan cinta dan emosi. Mereka memandang perhubungan cinta sebagai perkara yang sangat serius.

Gemini Timur (04 Jun hingga 13 Jun)

Mereka mengambil berat mengenai kecantikan dan keadaan diri mereka. Mempunyai citarasa yang baik. Cenderung untuk mementingkan diri sendiri. Mahukan keselesaan hidup sebaik yang mungkin. Mencari pasangan yang jujur dan berpengetahuan luas. Mereka mungkin kekasih yang agak emosional. Jarang gembira dengan perasaan mereka.

Mereka biasanya tidak pasti dengan keputusan yang mereka buat, tetapi berdisiplin dan mudah diajak berunding.

Gemini Selatan (14 Jun hingga 23 Jun)

Mereka berkeperibadian kukuh, yakin dan berazam tinggi. Agak degil tetapi jujur dan setia. Mereka tidak sukakan sebarang percanggahan dan pertelingkahan. Sanggup bekerja keras bila mahukan sesuatu. Mereka kelihatan agak serius tetapi sebenarnya pandai berjenaka. Sukakan kehidupan mereka, keluarga, dan anak-anak. Mereka pintar dan memiliki bakat seni.

Gemini Barat (24 Jun)

Mereka adalah seorang yang periang dan berperibadi menarik. Mereka ramah dan mudah mesra, sopan dan merendah diri. Mereka tidak sukakan sesuatu yang keterlaluan dan berlebih-lebihan. Diri mereka penuh imaginasi tetapi kurang cita-cita. Mereka kerap mewujudkan suasana yang tenang dan selesa. keterlaluan.

“Baik, sensitif, tekun, tabah hati, cerdas, cerdik, keibuan @ kebapaan, bersungguh-sungguh, bersimpati, intuitif, suka menolong, emosional, ingatan yang baik, pengorbanan diri, penyimpan rahsia yang baik, penyayang, imaginatif, berhati-hati, protective”

Cancer merupakan simbol yang keempat. Selepas penerokaan diri, dunia fizikal dan dunia intelek oleh ketiga-tiga simbol pertama, Cancerian beralih kepada pemeliharaan keluarga.

Mereka emosional dan tradisional, amat berminat terhadap keturunan, baka, keluarga dan nenek moyang. Ini mencerminkan keinginan mereka untuk mengambil perhatian terhadap perkara yang berhubung dengannya dan untuk meneruskan keturunan.

Mereka secara umumnya bertumpu di sekitar rumah, termasuk harta keluarga, asal-usul dan keturunan. Dalam hubungan percintaan, mereka setia, caring, dan romantik.

Jika Cancer kelihatan berminat pada anda, biasanya mereka akan menitiskan sedikit tanda. Jangan terlalu berharap mereka akan datang secara berterus-terang, kerana mereka biasanya tidak tahu bagaimana untuk melakukannya.

Kebanyakan mereka mempunyai kecenderungan terhadap kepercayaan cara lama, iaitu temujanji yang sempurna adalah tiket teater, restoran yang romantik atau pesta kebudayaan.

Mereka cenderung berangan menjadi romantik dan gemar mengenang kembali perkara-perkara yang telah berlalu, menceritakan sedikit kisah lama agar mereka boleh mengaitkannya. Tunjukkanlah minat anda ketika sentimentalist ini mengeluarkan koleksi-koleksi atau gambar-gambar lama mereka.

Mereka berkembang di atas admiration dan pujian. Buat mereka tahu betapa anda admire mereka.

Pujian membolehkan anda berkuasa atas mereka. Tanya pendapat mereka dan pastikan anda ikhlas dalam mendengar reaksi mereka. Ingat bahawa Cancer bencikan rejection dan sangat berhati-hati dalam membuat sesuatu penglibatan.

Mereka biasanya mengelak untuk menjawab, dan biar apa pun yang anda lakukan, jangan cuba mendesak dan memaksa mereka. Dalam banyak kes, jika jawapannya adalah “tidak”, mereka akan ‘pergi jauh’ untuk mengelakkan perkataan itu.

Cancer mempunyai ingatan dan sifat cemburu yang agak hebat. Ini kerana mereka mampu mengenang kembali situasi masa lalu mereka dengan mudah. Ia mungkin menjadi kesilapan yang dahsyat sekiranya anda tidak jujur dan ikhlas kepada mereka.

Bagi mereka , pengkhianatan adalah kemusnahan. Mereka selalunya mengambil masa yang amat lama untuk memaafkan sesorang, dan mereka mungkin tidak akan melupakannya. Apabila perasaan mereka telah dilukai, di situ akan sentiasa dielakkan dalam perhubungan.

Perasaan dan sekuriti kewangan adalah amat penting dalam perhubungan mereka. Mereka tidak suka membelanjakan wang untuk perkara-perkara remeh, kerana pada mereka ia adalah diluar kawalan dan tidak selamat.

Jika anda mampu memberi perhatian yang sangat besar termasuk keyakinan yang berpanjangan, anda sebenarnya telah menemui pasangan yang sempurna.

Anda akan dapati Cancer adalah seorang yang penyayang, romantik, imaginatif, bersimpati dan agak menggoda. Mereka mahukan kesetiaan yang sempurna dari anda. Sekiranya mereka dalam cinta, mereka akan selalu menghargai dan protective.

Cancer adalah bersifat air. Sifat air adalah jenis Perasa. Tergolong sebagai sifat feminine. Lemah lembut, mendalam perasaannya, mengasihani, penakut, memaksa, kepala angin, imaginatif, lemah terhadap siksaan atau teguran, berahsia, memahami, tidak tamak, artistik.

Cancer Utara (25 Jun hingga 04 Julai)

Mereka kadangkala pendiam dan pemalu, tetapi memiliki daya tarikan yang hebat. Memiliki pemikiran positif, senyuman yang menggoda serta agak sensitif. Setia dalam percintaan, mahu menyintai dan dicintai dengan kekasih yang jujur dan setia. Sangat pemurah, memiliki bakat yang banyak, sukakan kanak-kanak dan perlukan pasangan yang penyayang.

Cancer Timur (05 Julai hingga 14 Julai)

Mereka mempunyai citarasa yang agak luarbiasa, mampu mengawal stress dengan baik, kebanyakan mereka sentiasa tenang dan suka perkara-perkara yang cantik dan indah. Sukar mempercayai orang lain tetapi mereka amat mengambil berat tentang orang yang rapat dengan mereka. Mereka memiliki ramai kawan, berbakat dan tidak mementingkan diri sendiri.

Cancer Selatan (15 Julai hingga 22 Julai)

Mereka sering menawan dan menarik hati ramai orang. Sukar memaafkan kesilapan, periang, suka memimpin tetapi tidak suka dipimpin. Seorang pasangan yang jujur dan boleh dipercayai. Suka buat keputusan untuk orang lain, dermawan, suka berjenaka dan amat praktikal.

“Murah hati, bersemangat, setia, penyayang, bercita-cita tinggi, optimistik, idealistik, berbesar hati, kreatif, mulia, romantik, percaya kepada diri sendiri, berfikiran terbuka.”

Leo merupakan simbol yang kelima. Selepas penerokaan dunia dan kehendak pemeliharaan oleh keempat-empat simbol sebelum ini, kehendak yang besar bagi Leo ialah kepada penciptaan.

Kreativiti adalah salah satu dari kata kunci Leo, dan mereka mempunyai semangat dan cita-cita untuk berjaya terutama dalam usaha kreatif mereka.

Leo mempunyai tarikan yang istimewa di atas pentas. Mereka mempunyai kebolehan semulajadi untuk berlakon.

Leo sukakan perkara romantik dan merasa senang untuk memberi layanan yang baik. Dalam hubungan percintaan, mereka setia, romantik dan penyayang.

Di sebalik kemegahan, mereka sebenarnya sensitif dan mudah tersinggung. Leo sukakan pujian dan penghargaan. Give them plenty of it!. Pujian mampu menjadikan mereka berada dalam genggaman anda.

Secara mudah, semakin banyak anda ‘memberi makan’ ego Leo, semakin lama perhubungan anda akan berkekalan.

Apabila melakukan temujanji dengan Leo, pastikan anda tidak ambil mudah atas semua perkara kerana mereka suka dan mementingkan kepuasan, terutamanya kepuasan hidup.

Leo cenderung menjadi boros selagi tidak berpuashati dan menepati kehendak mereka. Leo suka untuk berkongsi pendapat dengan mereka.

Anda perlu berhati-hati kerana mereka cenderung menjadi boisterous tentang perkara yang mereka percaya adalah benar. Dalam kebanyakan kes, mereka takkan mengubah pendapat dan pendirian mereka.

Leo sukakan kuasa. Leo biasanya akan menggunakan semua jalan untuk memuaskan dan menggembirakan pasangannya.

Mereka mahukan perhubungan menjadi menarik dan asyik. Walaubagaimanapun, sebanyak mana mereka mahukan kesetiaan, sebanyak itulah rasa cemburu mereka. Leo yang sejati akan tetap setia dalam perhubungan.

Jika anda mencari seseorang yang murah hati, kreatif, yang selalu memiliki perancangan dan penyusunan yang baik tentang hidup, anda sebenarnya telah menemuinya.

Leo adalah simbol singa, oleh itu Raja Rimba ini mungkin mendominasi sekali-sekala. Walaubagaimanapun, asalkan keinginan, kehendak, dan keperluan mereka dipenuhi, anda pasti memperolehi teman yang penyayang, ceria, riang, yang sanggup melakukan apa saja untuk anda.

Leo adalah bersifat api. Sifat api adalah jenis Intuisi. Tergolong sebagai sifat masculine. Pentingkan diri, megah, bersemangat tinggi, kompetitif, perlukan ruang, kebudak-budakan, keras hati, kecenderungan tidak peka terhadap sesuatu, sentiasa bersedia menempuh sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan masa depan.

Leo Utara (23 Julai hingga 25 Julai)

Mereka sering menawan dan menarik hati ramai orang. Sukar memaafkan kesilapan, periang, suka memimpin tetapi tidak suka dipimpin. Seorang pasangan yang jujur dan boleh dipercayai. Suka buat keputusan untuk orang lain, pemurah, suka berjenaka dan amat praktikal

Leo Timur (26 Julai hingga 04 Ogos)

Mereka memiliki kesetiaan yang kuat. Mereka optimistik dan mudah menyesuaikan diri.

Kebanyakan mereka bencikan kesunyian. Mereka biasanya adalah kekasih yang jujur dan ghairah cintanya. Mereka kadangkala sukar dikawal. Walaupun agak cuai, mereka suka mencari ilmu pengetahuan.

Leo Selatan (05 Ogos hingga 13 Ogos)

Mereka mahukan kehidupan yang selesa dan sempurna. Sesetengah mereka sangat memilih. Sering bersendirian. Mereka tidak suka mencari musuh tetapi mempunyai sikap permusuhan yang agak tebal. Selalunya mereka kurang mempunyai keyakinan diri. Mereka selalunya berani hanya jika perlu. Mereka berjiwa seni, seorang penyusun dan perencana yang baik, lebih berminat terhadap falsafah. Mereka biasanya sangat jujur dan boleh dipercayai hampir dalam semua perkara. Mereka memandang perhubungan percintaan adalah sesuatu yang serius.

Leo Barat (14 Ogos hingga 22 Ogos)

Mereka kebanyakannya adalah berkeyakinan tinggi. Tahu bagaimana hendak mengadaptasi dengan baik. Kebanyakan mereka sukakan kemewahan. Mereka berkecenderungan untuk memandang rendah orang lain. Mereka yakin pada diri sendiri. Mereka selalunya bukanlah seorang yang pemalu, tetapi kadangkala agak panas baran dan kurang sabar. Mereka seorang yang berazam tinggi dan mudah membuat keputusan. Kemungkinan besar mereka mempunyai pelbagai bakat. Tekun dan rajin. Mereka menanti cinta yang sejati.

“Cermat, teliti, tersusun, rajin dan suka belajar, rajin, sederhana, pemalu, cermat, cerdik, analitik, tekun, saintifik, dapat melihat perbezaan, mencari fakta, jujur dapat dipercayai, sempurna, terperinci, kemas, bersih, baik hati, berperekemanusiaan, mencari kesempurnaan”

Virgo merupakan simbol yang keenam dalam zodiak. Lima simbol terawal menggambarkan peningkatan individu dan Virgo mula membawa bersama-sama kemahiran dan bakat mereka untuk orang lain.

Virgo adalah simbol perkhidmatan. Walaupun mereka kadangkala merasa rendah diri , mereka rajin dan cekap ketika bekerja. Mereka kemas dan bijak menyusun serta mengatur.

Secara adatnya, virgo akan tertarik kepada seseorang yang memiliki kemahiran yang baik dalam berkata-kata. Mereka suka bercakap dan dikelilingi dengan rakan yang tidak mudah marah, selamba dan merangsang intelektual.

Kalau anda merancang untuk keluar bersama Virgo, cuba elakkan tempat bising. Mereka lebih sukakan restoran yang senyap dan muzik perlahan dimainkan sebagai background berbanding konsert rock and roll.

Mereka lebih senang dengan tempat dimana anda berdua boleh berbual-bual. Anda akan dapati virgo adalah amat menarik orangnya dan boleh di bawa berbual dan berbincang hampir apa sahaja.

Walaubagaimanapun, dinasihatkan agar tidak tergesa-gesa bertanya dengan banyak tentang perkara atau urusan peribadi mereka, kerana mereka menganggap ia sebagai menceroboh privacy mereka.

Adalah luar biasa untuk virgo memberikan pujian, jadi kalau anda mahukan pujian demi pujian, anda perlu sentiasa menonjol.

Sekiranya anda mahukan nasihat dan pendapat terhadap sesuatu perkara, Virgo akan turut serta dengan senang hati.

Virgo adalah perancang yang berhati-hati dan selalu mencari pencapaian diri serta financial security. Mereka tidak akan meremehkan tabiat berbelanja dan tidak akan menjalin hubungan serius tanpa melihat masa depan.

Kebanyakan mereka mencari pasangan yang mempunyai cita-cita praktikal, sama seperti mereka.

Apabila Virgo bertemu dengan seorang yang mereka rasa layak untuk berkongsi hidup dengan mereka, mereka akan sentiasa setia dan menggembirakan.

Mereka adalah orang yang bertanggungjawab, sensitif, dan bijak. Mereka memandangkan cinta amat serius, walaupun mereka mungkin kelihatan tidak begitu mesra dan kadangkala renggang.

Mereka adalah sangat sensual dan mesra orangnya. Jika anda memenangi hati mereka, anda akan di ganjari dengan prosperous dan kenangan hidup bersama mereka.

Virgo adalah bersifat tanah. Sifat tanah adalah jenis Deria. Tergolong dari sifat feminine, meyedari kewujudannya disini dan kini, menghargai kebendaan, keras hati, sabar, disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, cekap, percaya hanya perkara yang boleh dicapai deria.

Virgo Utara (23 Ogos hingga 24 Ogos)

Mereka suka bekerjasama, mahukan suasana yang aman dan harmoni, suka membantu, mempunyai imaginasi yang aktif, sukakan puisi atau lagu, seorang yang ramah, mempunyai cinta yang hebat tetapi akan pergi jika dikhianati atau ditipu. Jiwa mereka lembut, agak kurang keyakinan diri, perlukan jaminan yang mereka tidak akan dikhianati dalam percintaan.

Virgo Selatan (03 September hingga 12 September)

Mereka seorang yang menarik dan tidak sukakan stress, banyak beri perhatian pada keluarga, mempunyai harapan dan impian yang banyak. Sukakan segala yang cantik dan suka melancong ke tempat eksotik. Mereka suka berangan dan berkhayal. Kadangkala mereka berasa resah dan gelisah. Mereka jujur dan agak mudah dipengaruhi. Mereka selalunya agak suka mendesak-desak. Memiliki daya intuisi yang agak baik. Mereka boleh dikatakan kerap merasai penderitaan cinta tetapi mereka kadangkala berjumpa dengan pasangan yang setia dan kukuh cintanya. Mereka suka membuat sesuatu agar orang lain ketawa.

Virgo Barat (13 September hingga 22 September)

Mereka memiliki ciri-ciri seorang pemimpin yang hebat. Walaubagaimanapun mereka tidak suka bertengkar. Mereka mudah berbelas kasihan dan mudah berkorban demi keluarga atau rakan-rakan. Kebanyakan mereka mempunyai pelbagai bakat tetapi biasanya tidak cukup kuat untuk bakat tersebut berkembang. Kadangkala mereka agak kerap bersungut. Amat setia dan kuat cemburunya.

“Diplomatik, romantik, idealistik, peramah, suka bergaul, suka menolong, menarik, bekerjasama, meyakinkan, peace-loving, bersopan santun, adil, artistik, tenang, mulia.”

Libra merupakan simbol yang ketujuh dalam zodiak. Enam simbol yang pertama sebelum ini cenderung untuk pembangunan peribadi, manakala enam simbol kedua pula cenderung untuk berinteraksi dengan orang lain.

Libra adalah simbol pertama dalam bahagian kedua zodiak. Oleh itu, ia adalah simbol pertama yang akan berinteraksi dengan orang lain. Mereka berusaha untuk membina keseimbangan dan keharmonian antara diri sendiri dengan orang lain. Ia mencerminkan perkahwinan dan pasangan, dua perkara ini merupakan elemen paling asas untuk manusia bersama. Dalam hubungan percintaan, mereka romantik dan suka bergurau.

Konsep cinta Libra adalah dicintai, oleh itu mereka sering mencari pasangan yang sempurna. Cinta mereka adalah romantik dan selalunya mereka mahir tentangnya.

Peribadi mereka dipenuhi kemuliaan, kehormatan, ketampanan, kecantikan dan kesegakan, anda akan dapati Libra seringkali mempesona dan memikat.

Mereka mempunyai banyak minat seperti teater, barang-barang antik, menghias, seni dan diri mereka sendiri. Kualiti terbaik Libra adalah seni pertuturan. Mereka peramah dan pandai berbual. Bila berbual atau berbincang tentang sesuatu perkara, mereka selalunya akan mengarahkan perbualan kepada topik yang mereka sukai, biasanya mereka memasukkan sedikit hal diri mereka dalam setiap perbualan, and placing the spotlight tepat di mana mereka mahukannya.

Bila anda keluar bersama, pastikan anda memberikan pujian, jika ia betul-betul ikhlas, mereka pasti tertarik kepada anda.

Jika menempah restoran, pastikan suasana dalamannya adalah classy, dan jangan buat sambil lewa perancangan anda. Libra mahu dilayan sebagai first-class person dan benci dilayan tidak seberapa, ini kerana mereka merasakan kepuasan mereka adalah amat bernilai.

Mereka mahukan pasangan yang memiliki citarasa yang baik dan berkualiti, kerana mereka sukakan kemewahan dan gembira jika dimanjakan.

Dengan sifat easy-going dan bebas, anda akan dapati Libra menyenangkan. Simbol partnership ini memerlukan pasangan yang memahami, menghargai, dan mungkin juga perlu menyanjung mereka.

Sekiranya anda mencari pasangan yang sosial, ramah mesra, dan penyayang, inilah orangnya. Mereka suka pergi ke majlis-majlis dan gembira dengan kehidupan sosial yang bergemerlapan.

Walaupun mereka kadangkala teragak-agak dalam membuat keputusan, apabila terjalin perhubungan, anda akan merasakan keharmonian dan kedamaian bersama mereka.

Libra adalah bersifat angin. Sifat angin adalah jenis Pemikir. Tergolong sebagai sifat masculine. Berpegang kepada teori, tidak mudah terpengaruh dengan pendapat orang lain, objektif, rasional, kesukaran untuk melibatkan emosi, menghargai kelebihan intelektual, mahukan kebebasan, mempunyai mentaliti ambil mudah, sukakan fakta dan figura.

Libra Utara (23 September)

Mereka biasanya mempunyai personaliti yang istimewa. Begitu menarik dan menawan. Mereka berani menegakkan perkara yang mereka percaya adalah benar terutama berkaitan masyarakat. Mereka selalunya popular. Walaupun mereka kadangkala murung, muram, dan kadangkala berubah-ubah, namun mereka adalah seorang kekasih yang jujur dan penyabar. Mereka amat memahami orangnya. Mereka biasanya mempunyai pertimbangan yang tepat dan jelas.

Libra Timur (24 September hingga03 Oktober)

Mereka memiliki personality yang menarik. Suka berjenaka, suka mendesak tetapi amat memahami. Seorang pejuang politik dan sosial. Selalunya popular, agak “moody”, jujur dan mementingkan kesempurnaan, memiliki pertimbangan yang baik dan sentiasa mengharapkan keputusan yang adil dan saksama.

Libra Selatan (04 Oktober hingga 13 Oktober)

Mereka agak sensitif, tetapi dipenuhi dengan daya tarikan yang mempesonakan. Mereka biasanya ceria. Kebanyakan mereka adalah berbakat. Mereka tidak mementingkan diri sendiri dan suka menarik perhatian orang ramai. Mereka sukakan kehidupan mereka. Mereka mempunyai citarasa yang bagus dan individu yang meminati seni. Walaupun mereka agak emosional, tetapi mereka adalah teman yang baik. Mereka amat sukar memberi kemaafan.

Libra Barat (14 Oktober hingga 23 Oktober)

Mereka biasanya seorang yang berfikiran bebas. Mereka kuat berangan dan berimaginasi. Pemalu dan kurang ramah. Mereka bercita-cita tinggi dan bangga dengan diri mereka. Mereka mementingkan reputasi dan maruah mereka. Kebanyakan mereka mahukan pengalaman-pengalaman baru. Kadangkala mereka agak resah dan gemuruh. Mereka memiliki memori yang amat baik dan selalunya mudah belajar. Kehidupan cinta mereka agak kompleks.

“Berani, tabah, panjang akal, intuitif, perasaan dan emosi yang kuat, bercita-cita tinggi, berazam, emosional, menarik, bermotivasi, cerdik, saintifik, bersungguh-sungguh, ekskutif, penyelidikan, ghairah”

Scorpio merupakan simbol kelapan dalam zodiak. Selepas penerokaan intelektual Libra kepada orang lain, Scorpio pula berminat dalam menjelajahi emosi orang lain dan bagaimana mereka bertindakbalas terhadap dunia di sekeliling mereka.

Scorpio adalah simbol seks dan kematian, iaitu simbol permulaan dan pengakhiran. Mereka meneroka idea ini dari sudut pandangan emosi. Mereka menyelidik, menyiasat, dan seringkali mempunyai daya intuisi yang tinggi dan mempunyai keupayaan menyingkap yang baik. Dalam hubungan percintaan, mereka setia, caring, dan “possessive”.

Jika anda berjumpa dengan seseorang yang anda dapati menarik dari saat anda bertemu, kemungkinan besar dia adalah Scorpio. Mereka adalah mempesona dan memiliki misteri tentang diri mereka.

Biasanya apa yang dapat dilihat adalah di bahagian permukaannya sahaja. Hanya itulah sahaja yang mereka mahu anda lihat. Mereka mungkin muncul dengan sedikit kehebatan, tetapi sebenarnya tersembunyi sifat amat sensitif dan mudah terasa. Scorpio memandang cinta amat serius dan sentiasa mencari admiration dari pasangannya.

Untuk keluar bersama mereka adalah lebih mudah dari membentuk perhubungan jangka panjang. Anda mungkin tidak mempunyai masalah dalam memikat mereka, tetapi jika anda mahukan perhubungan jangka panjang yang berterusan, ia adalah sedikit sukar.

Kadangkala Scorpio kelihatan menyendiri. Ini kerana mereka mahu mengelak perasaan mereka dari dilukai, sebenarnya mereka amat mudah tersinggung.

Apabila mereka telah bersedia menjalin hubungan jangka panjang, mereka akan menjadi pasangan yang jujur dan setia serta boleh dipercayai.

Mereka gemar tempat yang boleh berinteraksi dengan orang lain, contohnya perkelahan, majlis sosial, atau rekreasi. Mereka amat menghargai perhatian kerana mereka mahu tahu yang mereka memiliki hati anda dengan tidak berbelah bahagi lagi.

Walaupun sukar untuk terlibat dalam perbalahan bersama Scorpio, jika anda mendesak-desak dan tidak beradap kapada mereka, pertengkaran mungkin berlaku, mereka tidak suka didominasi, lebih-lebih lagi diambil kesempatan.

Ingat bahawa Scorpio boleh menjadi amat-amat cemburu dan protective terhadap seseorang yang mereka pilih untuk hidup bersama. Mereka mencari seseorang yang murah hati, penyayag, dan penuh kasih sayang, yang akan memenuhi perasaan mereka.

Anda pasti dibalas dengan passion, kasih sayang, cinta dan kesetiaan yang sempurna dalam perhubungan. Mereka akan sentiasa mengambil perhatian terhadap perasaan anda dan mempunyai great deal of energy bila tiba kepada passion.

Scorpio adalah bersifat air. Sifat air adalah jenis Perasa. Tergolong sebagai sifat feminine. Lemah lembut, mendalam perasaannya, mengasihani, penakut, memaksa, kepala angin, imaginatif, lemah terhadap siksaan atau teguran, berahsia, memahami, tidak tamak, artistik.

Scorpio Utara (24 Oktober hingga 11 November)

Mereka agak ego dan agresif. Mereka kadangkala merasakan diri mereka adalah ‘mahal’. Mereka mempunyai minat yang pelbagai. Reaksi mereka terhadap sesuatu perkara amat sukar diduga. Mereka spontan. Sesetengah mereka bercita-cita terlalu tingggi. Tidak fleksibel. Cinta mereka agak sukar difahami tetapi diri mereka sering diidam-idamkan oleh ramai orang. Sikap cemburu mereka kerap menyebabkan kekasih mereka pening kepala. Walaubagaimanapun, mereka seorang kekasih yang hebat dan mempunyai keghairahan cinta yang kuat.

Scorpio Selatan (12 November hingga 21 November)

Mereka adalah seorang yang jujur dan rajin. Mereka adalah diplomat semulajadi tetapi agak mudah dipengaruhi. Sentiasa peka dengan perasaan orang lain, mementingkan keluarga, dan sangat setia dalam percintaan.

“Peramah, jujur, cekap, optimistik, ikhlas, berterus-terang, falsafah, freedom-loving, berfikiran terbuka, murah hati, adil, bersemangat, berilmu, riang, intelektual”

Sagittarius merupakan simbol yang kesembilan dalam zodiak. Selepas interaksi Libra terhadap orang lain dan penerokaan Scorpio melalui emosi, Sagittarius menggunakan pengetahuan untuk memahami kehidupan.

Sagittarius adalah simbol falsafah dan agama. Mereka merupakan ilmuan dan pelajar dalam zodiak. Mereka mencari kebenaran dan makna kehidupan. Mereka juga suka meneroka melalui pengetahuan.

Pembelajaran peringkat tinggi dan mendalam adalah fokus utama dalam kehidupan mereka. Dalam hubungan percintaan, mereka suka bergurau dan suka berseronok.

Barangkali anda akan dapati bahawa sagittarian adalah teman yang paling jelita dan paling menarik yang pernah anda temui. Sagittarius bukan sahaja mahukan keseronokan hidup tetapi mereka adalah imaginatif dan fun-loving.

Salah satu sifat mereka adalah “good sense of humor”. Mereka dipenuhi dengan idea baru dan amat berminat serta bersungguh-sunguh terhadap perkara-perkara itu. Simbol pemanah ini bercita-cita tinggi, murah-hati, dan freedom-loving.

Tarikan terhadap excitement, passion, dan advanture of romance mungkin didapati agak membosankan dalam kehidupan rumahtangga. Sagittarius lebih setuju bahawa cinta adalah cabaran.

Merancang temujanji bersama mereka adalah mudah. Anda tidak perlu terlalu bersusah-payah, mereka adalah periang dan enjoy hampir apa sahaja, dimana sahaja.

Ketika keluar bersama, anda tidak sepatutnya mempunyai apa-apa masalah untuk berinteraksi dan berbual, ini kerana mereka mempunyai pelbagai minat.

Sagittarius biasanya merangsang minda, dan adalah amat perkara yang menarik untuk berbual-bual dengan mereka. Anda akan dapati bahawa mereka jujur dan berterus-terang.

Dalam banyak kes, mereka akan berkata apa yang mereka rasa, tidak kira bagaimana bunyinya. Walaubagaimanapun, mereka tidak berniat melukakan hati sesiapa pada tindakan mereka itu.

Objektif utama dalam perhubungan mereka adalah kesetiaan kepada pasangan mereka. Walaubagaimanapun, jika anda mencari seseorang sebagai surirumah yang hanya melekat di rumah sepenuh masa, atau anda adalah dari jenis yang cemburu, anda dinasihatkan agar mencari yang lain.

Mereka biasanya tidak sabar jika dijerat dan dikongkong dalam sesuatu perhubungan kerana ia menyekat freedom of advanture mereka.

Apabila mereka telah berjumpa dengan pasangan yang sepadan, perasaan mendalam yang tersembunyi dan terkunci dari pandangan luar pasti akan terbuka. Hidup takkan rasa bosan dari saat itu.

Sagittarius adalah bersifat api. Sifat api adalah jenis Intuisi. Tergolong sebagai sifat masculine. Pentingkan diri, megah, bersemangat tinggi, kompetitif, perlukan ruang, kebudak-budakan, keras hati, kecenderungan tidak peka terhadap sesuatu, sentiasa bersedia menempuh sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan masa depan.

Sagittarius Utara (22 November hingga 01 Disember)

Biasanya memiliki daya tarikan yang hebat. Mereka kebanyakannya bercita-cita tinggi. Periang, serta pendorong yang bijak. Mereka kadangkala agak suka mendesak. Tidak kisah jika dikritik. Pintar dan berbakat. Kadangkala juga suka berserah pada nasib. Kebanyakan mereka berkecenderungan untuk mementingkan diri sendiri. Walaubagaimanapun, mereka adalah kekasih yang sangat jujur dan boleh dipercayai. Setia dan berwaspada. Sentiasa mahukan perhatian. Perlukan dorongan cinta dan emosi. Mereka memandang perhubungan cinta sebagai perkara yang sangat serius.

Sagittarius Timur (02 Disember hingga Dec 11 Disember)

Mereka mengambil berat mengenai kecantikan dan keadaan diri mereka. Mempunyai citarasa yang baik. Cenderung untuk mementingkan diri sendiri. Mahukan keselesaan hidup sebaik yang mungkin. Mencari pasangan yang jujur dan berpengetahuan luas. Mereka mungkin kekasih yang agak emosional. Jarang gembira dengan perasaan mereka. Mereka biasanya tidak pasti dengan keputusan yang mereka buat, tetapi berdisiplin dan mudah diajak berunding.

Sagittarius Selatan (12 Disember hingga Dec 21 Disember)

Mereka berkeperibadian kukuh, yakin dan berazam tinggi. Agak degil tetapi jujur dan setia. Mereka tidak sukakan sebarang percanggahan dan pertelingkahan. Sanggup bekerja keras bila mahukan sesuatu. Mereka kelihatan agak serius tetapi sebenarnya pandai berjenaka. Sukakan kehidupan mereka, keluarga, dan anak-anak. Mereka pintar dan memiliki bakat seni.

“Sabar, berfikir panjang, bercita-cita tinggi, amanah, cekap, serius, bertanggungjawab, boleh dipercayai, tradisional, berwaspada, konvesional, praktikal, berdisiplin, tenang, rajin”

Capricorn adalah simbol yang kesepuluh dalam zodiak. Selepas Scorpio dan Sagittarius berinteraksi dengan orang lain melalui emosi dan intelek, Capricorn memfokus peningkatan hidup melalui kerja kuat.

Mereka bercita-cita tinggi dan berdisiplin, berazam dan berusaha untuk mencapai matlamat mereka. Mereka praktikal dan realistik. Dalam hubungan percintaan, mereka adalah setia.

Pada pertama kali anda berjumpa Capricorn, mereka tidak kelihatan mesra. Tetapi apa yang sebenarnya ialah, mereka amat berhati-hati dan berwaspada.

Minat mereka adalah dalam seni, muzik, teater, dan kerjaya mereka. Selalunya, mereka tertarik kepada orang yang merangsang minda dan mencari pasangan yang sesuai dan layak ke dalam lapangan hidup mereka.

Mereka lebih suka untuk berbincang perkara-perkara serius, walaubagaimanapun mereka akan sentiasa bersedia untuk mendengar masalah.

Orang yang lahir di bawah simbol ini menghargai kemewahan, kemungkinan besar seorang yang materialistik, walaubagaimanapun mereka tidak suka menunjuk-nunjuk untuk menarik perhatian orang ramai. Mereka merasakan wang adalah satu isu yang serius.

Capricorn cenderung untuk menguasai dan tidak mudah dikalahkan. Mereka mengharap untuk dikejar dan bukan mengejar.

Jika anda keluar bersama mereka, pastikan anda cepat. Jika anda berkata anda akan berada di sesuatu tempat pada masa yang telah dipersetujui, pastikan anda berada di situ, pada masa itu!. Mereka tidak suka terhadap orang yang “cakap tak serupa bikin”.

Kalau anda mempunyai kecenderungan untuk terlalu mengikut perasaan, lebih baik anda mencari orang lain. Mereka sebenarnya cenderung untuk ambil mudah dalam mendekati hampir semua perkara yang mereka lakukan, ia termasuk juga perhubungan mereka.

Mereka mahukan penghargaan, pujian, dicintai dan dihormati. Anda pasti akan dibalas dengan passion yang mendalam dan anda akan memiliki perhubungan cinta yang panjang bersama mereka.

Capricorn merupakan sifat tanah. Sifat tanah adalah jenis Deria. Tergolong dari sifat feminine, meyedari kewujudannya di sini dan kini, menghargai kebendaan, keras hati, sabar, disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, cekap, percaya hanya perkara yang boleh dicapai deria.

Capricorn Utara (22 Disember)

Mereka mempunyai citarasa yang baik dan kreatif. Mereka mementingkan penampilan diri mereka. Biasanya mereka agak materialistik. Mempunyai aturan kehidupan dan karier yang baik. Mereka bijak berjimat dalam merancang kewangan. Selalunya mereka adalah seorang pemimpin yang baik. Mereka tidak mengambil sebarang risiko yang tidak perlu. Mereka selalunya mudah di ajak berunding. Mereka adalah kekasih yang bagus. Mereka kebanyakannya tekun menjaga diri mereka supaya sihat contohnya bersukan, diet dan sebagainya.

Capricorn Timur (23 Disember hingga 01 januari)

Mereka kadangkala pendiam dan pemalu, tetapi memiliki daya tarikan yang hebat. Memiliki pemikiran positif, senyuman yang menggoda serta agak sensitif. Setia dalam percintaan, mahu menyintai dan dicintai dengan kekasih yang jujur dan setia. Sangat pemurah, memiliki bakat yang banyak, sukakan kanak-kanak dan perlukan pasangan yang penyayang.

Capricorn Selatan (01 Januari hingga 11 Januari)

Mereka mempunyai citarasa yang agak luarbiasa, mampu mengawal stress dengan baik, kebanyakan mereka sentiasa tenang dan suka perkara-perkara yang cantik dan indah. Sukar mempercayai orang lain tetapi mereka amat mengambil berat tentang orang yang rapat dengan mereka. Mereka memiliki ramai kawan, berbakat dan tidak mementingkan diri sendiri.

Capricorn Barat Capricorn Selatan (12 Januari hingga 19 Januari)

Mereka sering menawan dan menarik hati ramai orang. Sukar memaafkan kesilapan, periang, suka memimpin tetapi tidak suka dipimpin. Seorang pasangan yang jujur dan boleh dipercayai. Suka buat keputusan untuk orang lain, seorang yang pemurah, suka berjenaka dan amat praktikal.

“Berfikiran terbuka, idealistik, pereka, suka menolong, original, intuitif, bebas, penyabar, progresif, individualistik, mesra, jujur, setia, original, kreatif, saintifik, intelektual, berperikemanusiaan, mengutamakan kebahagiaan orang lain.”

Aquarius merupakan simbol yang kesebelas dalam zodiak. Selepas tiga simbol belajar mengenali dan mendekati orang lain, Aquarius berkhidmat dengan institusi sosial yang menjadikan mereka bernilai untuk orang lain.

Mereka adalah berperikemanusiaan dan orang yang murah hati, serta kerap berangan-angan. Persahabatan amat penting bagi mereka dan mereka mempunyai banyak kenalan. Dalam hubungan percintaan, mereka suka berseronok dan tidak cemburu.

Jika anda terjumpa dengan seseorang yang kelihatan menarik, lucu, dan pintar, ia mungkin Aquarian. Mereka selalunya hidup dalam pemikiran mereka yang dipenuhi dengan idea-idea yang bernas.

Mereka adalah mesra, ramah, dan amat gemar terhadap orang lain. Optimisme adalah bahagian yang agak besar dalam sifat diri mereka. Mereka juga mesra dan mahir berpura-pura.

Kesabaran adalah antara sifat utama Aquarian. Mereka tidak mudah terasa dan takkan cemburu dan takkan terlalu emosional.

Sekiranya anda mahu dapatkan perhatian Aquarian, anda perlukan rangsangan minda. Perbualan, percakapan dan perdebatan adalah kegemaran masa lapang mereka.

Mereka berfikiran terbuka, boleh menerima kritikan dan memahami persepsi orang lain terhadap sesuatu perkara. Sekiranya anda mempunyai masalah, mereka sentiasa bersedia untuk mendengarnya walaupun selepas beberapa ketika, “enough is enough!”.

Apabila merancang temujanji dengan Aquarian, tak perlu terlalu bersusah-payah untuk mengambil perhatian mereka. Perkara yang penting adalah apa yang mereka ingini. Sama ada berkongsi picnic lunch atau candle lit dinner, Chinese, Japanese, atau American, itu tak penting, asalkan terdapat kepelbagaian dalam menunya.

Perhubungan dengan mereka boleh mekar dengan berlandaskan kepercayaan. Jangan sekali-kali berleter kepada Aquarius tentang kesilapan. Kesilapan adalah tidak penting bagi mereka, jadi jangan terlalu bersungut. Jika mereka berterusan dileteri tentang apa yang tak kena, mereka mula rasa tidak dihargai dan perhubungan boleh menjadi retak.

Dalam apa jua perhubungan, Aquarian mungkin mendapati sukar untuk memberi cinta mereka, tetapi akan sentiasa setia dan taat kepada seseorang yang mereka rasa layak untuk dicintai.

Apabila mereka berjanji biasanya takkan mereka mungkiri, walaubagaimanapun jika anda meminta-minta dan sengaja mencari salah, anda telah melakukan satu kesilapan besar terhadap mereka.

Mereka mahukan pasangan yang mampu berkongsi dalam advantures, bersama dengan cabaran. Biasanya, hidup bersama mereka takkan rasa bosan.

Aquarius bersifat angin. Sifat angin adalah jenis Pemikir. Tergolong sebagai sifat masculine. Berpegang kepada teori, tidak mudah terpengaruh dengan pendapat orang lain, objektif, rasional, kesukaran untuk melibatkan emosi, menghargai kelebihan intelektual, mahukan kebebasan, mempunyai mentaliti ambil mudah, sukakan fakta dan figura.

Aquarius Utara (20 Januari hingga 24 Januari)

Mereka seorang yang periang dan suka menghiburkan hati menyebabkan mereka mempunyai ramai teman. Selalunya mereka mempunyai potongan badan yang agak menarik dan mempunyai citarasa dalam berpakaian. Mereka berkecenderungan untuk tidak memaafkan kesilapan dan lebih suka memimpin dari menurut perintah. Seorang kekasih yang jujur dan setia. Pandai bergurau senda dan praktikal. Mereka kebanyakannya adalah seorang yang pemurah.

Aquarius Timur (25 Januari hingga 03 Februari)

Mereka memiliki kesetiaan yang kuat. Mereka optimistik dan mudah menyesuaikan diri. Kebanyakan mereka bencikan kesunyian. Mereka selalunyanya adalah kekasih yang ghairah cintanya. Agak sukar dikawal. Mementingkan ilmu pengetahuan dan peraturan tetapi agak kurang berhati-hati.

Aquarius Selatan (04 Februari hingga 08 Februari)

Mereka mahukan kehidupan yang selesa dan sempurna. Sesetengah mereka sangat memilih. Mereka sering bersendirian. Mereka tidak suka mencari musuh tetapi mempunyai sikap permusuhan yang agak tebal. Selalunya mereka tidak mempunyai keyakinan diri. Mereka selalunya berani hanya jika perlu. Mereka berjiwa seni, seorang penyusun dan perencana yang baik, lebih berminat terhadap falsafah. Mereka sangat jujur dan boleh dipercayai hampir dalam semua perkara. Mereka memandang perhubungan percintaan adalah sesuatu yang serius.

Aquarius Barat (09 Februari hingga 18 Februari)

Mereka kebanyakannya adalah berkeyakinan tinggi. Tahu bagaimana hendak mengadaptasi sesuatu dengan baik. Agak sukakan kemewahan. Mereka berkecenderungan untuk memandang rendah orang lain. Mereka yakin pada diri sendiri. Mereka biasanya bukanlah seorang yang pemalu, tetapi kadangkala agak panas baran dan kurang sabar. Mereka seorang yang berazam tinggi dan mudah membuat keputusan. Kemungkinan besar mereka mempunyai pelbagai bakat. Tekun dan rajin. Mereka menanti cinta yang sejati.

“Imaginatif, tidak mementingkan diri sendiri, tidak mementingkan duniawi, baik, artistik, bersimpati, emosional, intuitif, muzikal, memahami, self-sacrificing, bersopan-santun, merendah diri, belas kasihan, tekun, rajin dan murah hati”

Pisces merupakan simbol keduabelas. Ia adalah simbol terakhir dalam putaran zodiak dan ia membawa bersama-sama semua perkara yang telah dipelajari oleh kesebelasan simbol untuk manusia mencapai mercu potensi masing-masing.

Mereka tidak mementingkan diri, mereka memiliki daya intuisi yang kuat dan mereka lebih mudah memahami orang lain berbanding simbol-simbol yang lain dalam zodiak.

Pisces adalah simbol mimpi dan rahsia. Ia banyak menggambarkan perkara tersembunyi terutamanya kekuatan dan musuh. Dalam hubungan percintaan, mereka setia, romantik, dan caring.

Sekilas pandang, anda pasti tertarik dan terpesona dengan Pisces, mereka selalunya gentle dan mempunyai sifat-sifat kesopanan. Mereka sebenarnya hidup dalam dunia impian dan romantis.

Nilai-nilai sensitif, misteri dan gerak hati mereka sering memandu mereka dalam menjalani hidup. Mereka mempunyai kecenderungan untuk jatuh cinta dengan mudah dan boleh mempunyai beberapa hubungan cinta sehingga mereka menjumpai pasangan yang mereka anggap betul-betul sepadan dan sesuai. Untuk kekal dalam hubungan, mereka mahukan pengisian perasaan.

Untuk memenangi hati Piscesian, puji mereka, mungkin pakaian, pertuturan atau sesuatu yang mereka lakukan. Jika anda adalah dari jenis yang sentimental, guna kemahiran dan cara anda sendiri. Jika anda bertimbangrasa, baik, dan penyayang, anda pasti akan dibalas dengan kesetiaan.

Pisces akan buat apa sahaja untuk seseorang yang mereka ambil berat. Apabila mereka menjalin hubungan dengan seseorang, mereka akan memberi semua masa, ikhtiar dan tenaga mereka demi pasangan mereka.

Minat mereka adalah dalam seni dan perkara yang akan merangsang perbualan. Selalunya individu yang berbakat artistik ini berminat terhadap perkara-perkara yang berkaitan mistik, spiritual, dan perkara ghaib.

Pisces gemar menerangkan dan menjelaskan pandangan mereka. Walaubagaimanapun sekiranya anda tidak setuju, be gentle! simbol yang paling sensitif ini tidak suka rejection. Mereka adalah pendengar yang baik dan simpati mereka adalah sejati dan benar-benar ikhlas.

Apabila mereka telah berjumpa pasangan yang mereka dapati stabil, passionate, dan lemah lembut, mereka akan menyerahkan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi. Ia adalah istimewa dan tidak mudah diperolehi.

Sebagai seorang yang prihatin, bertimbangrasa dan romantik, mereka pasti mengisi kehendak spiritual dan fizikal anda. Apabila kandungan emosi telah terjamin, simbol yang sensitif, dan mudah tersinggung ini tidak akan melihat lebih jauh.

Pices adalah bersifat air. Sifat air adalah jenis Perasa. Tergolong sebagai sifat feminine. Lemah lembut, mendalam perasaannya, mengasihani, penakut, memaksa, kepala angin, imaginatif, lemah terhadap siksaan atau teguran, berahsia, memahami, tidak tamak, artistik.

Pisces Utara (19 Februari hingga 28 Februari)

Mereka suka bekerjasama, mahukan suasana yang aman dan harmoni, suka membantu, mempunyai imaginasi yang aktif, sukakan puisi atau lagu, seorang yang ramah, mempunyai cinta yang hebat tetapi akan pergi jika dikhianati atau ditipu. Jiwa mereka lembut, agak kurang keyakinan diri, perlukan jaminan yang mereka tidak akan dikhianati dalam percintaan.

Pisces Timur (01 Mac hingga 10 Mac)

Mereka seorang yang menarik dan tidak sukakan stress, banyak beri perhatian pada keluarga, mempunyai harapan dan impian yang banyak. Sukakan segala yang cantik dan suka melancong ke tempat eksotik. Mereka suka berangan dan berkhayal. Kadangkala mereka berasa resah dan gelisah. Mereka jujur dan agak mudah dipengaruhi. Mereka selalunya agak suka mendesak-desak. Memiliki daya intuisi yang agak baik. Mereka boleh dikatakan kerap merasai penderitaan cinta tetapi mereka kadangkala berjumpa dengan pasangan yang setia dan kukuh cintanya. Mereka suka membuat sesuatu agar orang lain ketawa.

Pisces Selatan (11 Mac hingga 20 Mac)

Mereka memiliki ciri-ciri seorang pemimpin yang hebat. Walaubagaimanapun mereka tidak suka bertengkar. Mereka mudah berbelas kasihan dan mudah berkorban demi keluarga atau rakan-rakan. Kebanyakan mereka mempunyai pelbagai bakat tetapi biasanya tidak cukup kuat untuk bakat tersebut berkembang. Kadangkala mereka agak kerap bersungut. Amat setia dan kuat cemburunya.

7 thoughts on “Kitab Astrologi

    • kitab ni hanya untuk kite membc shj..ye btl ada setengah benda @perlakuan tu kite sendr pun ada..tp benda tu kan hanya kebetulan. terpulang pd individu tu sendr smada nk percaya @tidak. kl anda rs benda ni syirik jgn percaya.

  1. Salam…ape tujuan kamu letakkan artikel ini??
    kalau dh tahu syirik jika percaya,dan mendatangkan amalan syirik,lebih elok kamu buang…

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s