Ingat Keputeraan, Ingat Juga Kewafatan Nabi Muhamad SAW


Diriwayatkan bahawa surah AI-Maa-idah ayat 3 diturunkan pada sesudah waktu asar iaitu pada hari Jumaat di padang Arafah pada musim haji penghabisan [Wada*].
Pada masa itu Rasulullah s.a.w. berada di Arafah di atas unta. Ketika ayat ini turun Rasulullah s.a.w. tidak begitu jelas penerimaannya untuk mengingati isi dan makna yang terkandung dalam ayat tersebut. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersandar pada unta beliau, dan unta beliau pun duduk perlahan-lahan.

Setelah itu turun malaikat Jibril a.s. dan berkata:

“Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t.dan demikian juga apa yang terlarang olehnya. Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu kepada mereka bahawa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu.”
Sebaik sahaja Malaikat Jibril a.s. pergi maka Rasulullah s.a.w. pun berangkat ke Mekah dan terus pergi ke Madinah. Setelah Rasulullah s.a.w. mengumpulkan para sahabat beliau, maka Rasulullah s.a.w. pun menceritakan apa yang telah diberitahu oleh malaikat Jibril a.s.. Apabila para sahabat mendengar hal yang demikian maka mereka pun gembira sambil berkata: “Agama kita telah sempurna. Agama kila telah sempuma.”
Apabila Abu Bakar r.a. mendengar keterangan Rasulullah s.a.w. itu, maka ia tidak dapat menahan kesedihannya maka ia pun kembali ke rumah lalu mengunci pintu dan menangis sekuat-kuatnya. Abu Bakar ra. menangis dari pagi hingga ke malam.

Kisah tentang Abu Bakar r.a. menangis telah sampai kepada para sahabat yang lain, maka berkumpullah para sahabat di hadapan rumah Abu Bakar r.a. dan mereka berkata: “Wahai Abu Bakar, apakah yang telah membuat kamu menangis sehingga begini sekali keadaanmu? Sepatutnya kamu berasa gembira sebab agama kita telah sempuma.” Mendengarkan pertanyaan dari para sahabat maka Abu Bakar r.a. pun berkata:
“Wahai para sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah yang menimpa kamu, tidakkah kamu tahu bahawa apabila sesualu perkara itu telah sempuma maka akan kelihatanlah akan kekurangannya. Dengan turunnya ayat tersebut bahawa ianya menunjukkan perpisahan kila dengan Rasulullah s.a.w. Hasan dan Husin menjadi yatim dan para isteri nabi menjadi janda.”

Setelah mereka mendengar penjelasan dari Abu Bakar r.a. maka sedarlah mereka akan kebenaran kata-kata Abu Bakar r.a., lalu mereka menangis dengan sekuat-kuatnya. Tangisan mereka telah didengar oleh para sahabat yang lain, maka mereka pun terus beritahu Rasulullah s.a.w. tentang apa yang mereka lihat itu. Berkata salah seorang dari para sahabat: “Ya Rasulullah s.a.w., kami baru bailk dari rumah Abu Bakar r.a. dan kami mendapati banyak orang menangis dengan suara yang kuat di hadapan rumah beliau.” Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar keterangan dari para sahabat, maka berubahlah muka Rasulullah s.a.w. dan dengan bergegas beliau menuju ke rumah Abu Bakar r.a.

Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w. sampai di rumah Abu Bakar r.a. maka Rasulullah s.a.w. melihat kesemua mereka yang menangis dan bertanya: “Wahai para sahabatku, kenapakah kamu semua menangis?.” Kemudian Ali r.a. berkata: “Ya Rasulullah s.a.w., Abu Bakar r.a. mengatakan dengan turunnya ayat ini membawa tanda bahawa waktu wafatmu telah dekat. Adakah ini benar ya Rasulullah?.” Lalu Rasulullah s.a.w. berkata: “Semua yang dikata oleh Abu Bakar r.a. adalah benar, dan sesungguhnya masa untuk aku meninggalkan kamu semua telah hampir dekat.”

Sebaik sahaja Abu Bakar r.a. mendengar pengakuan Rasulullah s.a.w., maka ia pun menangis sekuat tenaganya sehingga ia jatuh pengsan, sementara Ali r.a. pula mengeletar seluruh tubuhnya. Dan para sahabat yang lain menangis dengan sekuat-kuat yang mereka mampu. Sehingga gunung-gunung, batu-batu, semua malaikat yang dilangit, cacing-cacing dan semua binatang baik yang di darat mahu-pun yang di laut turut menangis.

Kemudian Rasulullullah s.a.w. bersalam dengan para sahabat satu demi satu dan berwasiat kepada mereka. Kisah Rasulullah s.a.w. mengalami hidup selepas turunnya ayat tersebut, ada yang mengatakan 81 hari, ada pula yang mengatakan beliau hidup sehingga 50 hari selepas turunnya ayat tersebut, ada pula yang mengatakan beliau hidup selama 35 hari dari ayat tersebut diturunkan dan ada pula yang mengatakan 21 hari.

Pada saat sudah dekat ajal Rasulullah s.a.w., beliau menyuruh Bilal azan untuk mengerjakan solat, lalu berkumpul para Muhajirin dan Anshar di masjid Rasulullah s.a.w.. Kemudian Rasulullah s.a.w. menunaikan solat dua raka’at bersama semua yang hadir. Setelah selesai mengerjakan solat beliau bangun dan naik ke atas mimbar dan berkata:

“Alharndulillah, wahai para muslimin, sesungguhnya saya adalah seorang nabi yang diutus dan mengajak orang kepada jalan Allah dengan izinnya. Dan saya ini adalah sebagai saudara kandung kamu, yang kasih sayang pada kamu semua seperti seorang ayah. Oleh itu kalau ada sesiapa yang mempunyai hak untuk menuntut, maka hendaklah ia bangun dan membalasi saya sebelum saya dituntut di hari kiamat.”

Rasulullah s.a.w. berkata demikian sebanyak 3 kali kemudian bangunlah seorang lelaki yang bernama ‘Ukasyah bin Muhshan dan berkata: “Demi ayahku dan ibuku ya Rasulullah s.a.w., kalau anda tidak mengumumkan kepada kami berkali-kali sudah tentu saya tidak mahu mengernukakan hal ini.” Lalu ‘Ukasyah berkata lagi: “Sesungguhnya dalam Perang Badar saya bersamamu ya Rasulullah, pada masa itu saya mengikuti unta anda dari belakang, setelah dekat saya pun turun menghampiri anda dengan tujuan supaya saya dapat mencium paha anda, tetapi anda telah mengambil tongkat dan memukul unta anda untuk berjalan cepat, yang mana pada masa itu saya pun anda pukul pada tulang rusuk saya. Oleh itu saya hendak tahu sama ada anda sengaja memukul saya atau hendak memukul unta tersebut.”

Rasulullah s.a.w. berkata: “Wahai ‘Ukasyah, Rasulullah s.a.w. sengaja memukul kamu.” Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata kepada Bilal r.a.: “Wahai Bilal, kamu pergi ke rumah Fatimah dan ambilkan tongkat aku ke mari.” Bilal keluar dari masjid menuju ke rumah Fatimah sambil meletakkan tangannya di alas kepala dengan berkata: “Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk dibalas [diqishash].”

Setelah Bilal sampai di rumah Fatimah maka Bilal pun memberi salam dan mengetuk pintu. Kemudian Fatimah r.a. menyahut dengan berkata: “Siapakah di pintu?.” Lalu Bilal r.a. berkata: “Saya Bilal, saya telah diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. unluk mengambil tongkat beliau.”Kemudian Fatimah r.a. berkata: “Wahai Bilal, untuk apa ayahku minta tongkatnya.” Berkata Bilal r.a.: “Wahai Fatimah, Rasulullah s.a.w. telah menyediakan dirinya untuk diqishash.” Bertanya Fatimah. r.a. lagi: “Wahai Bilal, siapakah manusia yang sampai hatinya untuk menqishash Rasulullah s.a.w.?.”Bilal r.a. tidak menjawab perlanyaan Falimah r.a., sebaik sahaja Fatimah r.a. memberikan tongkat tersebut, maka Bilal pun membawa tongkat itu kepada Rasulullah s.a.w.

Setelah Rasulullah s.a.w. menerima tongkat tersebut dari Bilal r.a. maka beliau pun menyerahkan kepada ‘Ukasyah. Melihatkan hal yang demikian maka Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. tampil ke hadapan sambil berkata: “Wahai ‘Ukasyah, janganlah kamu qishash baginda s.a.w. tetapi kamu qishashlah kami berdua.” Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar kata-kata Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. maka dengan segera beliau berkata: “Wahai Abu Bakar, Umar, duduklah kamu berdua sesungguhnya Allah s.w.t. telah menetapkan tempatnya untuk kamu berdua.” Kemudian Ali r.a. bangun, lalu berkata: “Wahai “Ukasyah! Aku adalah orang yang sentiasa berada di samping Rasulullah s.a.w. oleh itu kamu pukullah aku dan janganlah kamu menqishash Rasulullah s.a.w.” Lalu Rasulullah s.a.w. berkata: “Wahai Ali, duduklah kamu sesungguhnya Allah s.w.t. telah menetapkan tempatmu dan mengetahui isi hatimu.”

Setelah itu Hasan dan Husin bangun dengan berkata: “Wahai ‘Ukasyah, bukankah kamu tidak tahu bahawa kami ini adalah cucu Rasulullah s.a.w., kalau kamu menqishash kami sama dengan kamu menqishash Rasulullah s.a.w.” Mendengar kata-kata cucunya Rasulullah s.a.w. pun berkata: “Wahai buah hatiku, duduklah kamu berdua.” Berkata Rasulullah s.a.w. “Wahai ‘Ukasyah pukullah saya kalau kamu hendak memukul.” Kemudian ‘Ukasyah berkata: “Ya Rasulullah s.a.w., anda telah memukul saya sewaktu saya tidak memakai baju.” Maka Rasulullah s.a.w. pun membuka baju, sebaik sahaja Rasulullah s.a.w. membuka baju maka menangislah semua yang hadir.

Sebaik sahaja ‘Ukasyah melihat tubuh badan Rasulullah s.a.w. maka ia pun mencium beliau dan berkata; “Saya tebus anda dengan jiwa saya, ya Rasulullah s.a.w. siapakah yang sanggup memukul anda. Saya melakukan begini adalah sebab saya hendak menyentuh badan anda yang dimuliakan oleh Allah s.w.t dengan badan saya. Dan Allah s.w.t. menjaga saya dari neraka dengan kehormatanmu.” Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: “Dengarlah kamu sekalian, sekiranya kamu hendak melihat ahli syurga, inilah orangnya.”

Kemudian semua para jemaah bersalam-salaman atas kegem-biraan mereka terhadap peristiwa yang sangat genting itu. Setelah itu para jemaah pun berkata: “Wahai ‘Ukasyah, inilah keuntungan yang paling besar bagimu, engkau telah memperolehi darjat yang tinggi dan bertemankan Rasulullah s.a.w. di dalam syurga.”Apabila ajal Rasulullah s.a.w. makin hampir maka beliau pun memanggil para sahabat ke rumah Siti Aisyah r.a. dan beliau berkata: “Selamat datang kamu semua semoga Allah s.w.t. mengasihi kamu semua, saya berwasiat kepada kamu semua agar kamu semua bertaqwa kepada Allah s.w.t. dan mentaati segala perintahnya. Sesungguhnya hari perpisahan antara saya dengan kamu semua hampir dekat, dan dekat pula saat kembalinya seorang hamba kepada Allah s.w.t dan menempatkannya di syurga.

Kalau telah sampai ajalku maka hendaklah Ali yang memandikanku, Fadhl bin Abas hendaklah mcnuangkan air dan Usamah bin Zaid hendaklah menolong keduanya. Setelah itu kamu kapanilah aku dengan pakaianku sendiri apabila kamu semua menghendaki, atau kapanilah aku dengan kain yaman yang putih. Apabila kamu memandikan aku, maka hendaklah kamu letakkan aku di atas balai tempat tidurku dalam rumahku ini. Setelah itu kamu semua keluarlah sebentar mening-galkan aku. Pertama yang akan menshalatkan aku ialah Allah s.w.t., kemudian yang akan menshalat aku ialah Jibril a.s., kemudian diikuti oleh malaikat Israfil, malaikat Mikail, dan yang akhir
sekali malaikat lzrail berserta dengan semua para pembantunya. Setelah itu baru kamu semua masuk beramai-rarnai bershalat ke atasku.”

Sebaik sahaja para sahabat mendengar ucapan yang sungguh menyayat hati itu maka mereka pun menangis dengan nada yang keras dan berkata: “Ya Rasulullah s.a.w. anda adalah seorang Rasul yang diutus kepada kami dan untuk semua, yang mana selama ini anda memberi kekuatan dalam penernuan kami dan sebagai penguasa yang menguruskan perkara kami. Apabila anda sudah tiada nanti kepada siapakah yang akan kami tanya setiap persoalan yang timbul nanti?.

“Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: “Dengarlah para saha-batku, aku tinggalkan kepada kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang, dan telah aku tinggalkan kepada kamu semua dua penasihat yang satu daripadanya pandai bicara dan yang satu lagi diam sahaja. Yang pandai bicara itu ialah AI-Quran dan yang diam itu ialah maut. Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit di antara kamu, maka hendaklah kamu semua kembali kepada AI-Quran dan Hadis-ku dan sekiranya hati kamu itu berkeras maka lembutkan dia dengan mengambil pengajaran dari mati.”

Setelah Rasulullah s.a.w. berkata demikian, maka sakit Rasulullah s.a.w. bermula. Dalam bulan safar Rasulullah s.a.w. sakit selama 18 hari dan sering diziaiahi oleh para sahabat. Dalam sebuah kitab diterangkan bahawa Rasulullah s.a.w. diutus pada hari Isnin dan wafat pada hari Isnin. Pada hari Isnin penyakit Rasulullah s.a.w. bertambah berat, setelah Bilal r.a. selesaikan azan subuh, maka Bilal r.a. pun pergi ke rumah Rasulullah s.a.w.. Sesampainya Bilal r.a. di rumah Rasulullah s.a.w. maka Bilal r.a. pun memberi salam: “Assalaarnualaika ya rasulullah.” Lalu dijawab oleh Fatimah r.a.: “Rasulullah s.a.w. masih sibuk dengan urusan beliau.” Setelah Bilal r.a. mendengar penjelasan dari Fatimah r.a. maka Bilal r.a. pun kembali ke masjid tanpa memahami kata-kata Fatimah r.a. itu.

Apabila waktu subuh hampir hendak lupus, lalu Bilal pergi sekali lagi ke rumah Rasulullah s.a.w. dan memberi salam seperti permulaan tadi, kali ini salam Bilal r.a. telah di dengar oleh Rasulullah s.a.w. dan baginda berkata; “Masuklah wahai bilal, sesungguhnya penyakitku ini semakin berat, oleh itu kamu suruhlah Abu Bakar mengimarnkan solat subuh berjemaah dengan mereka yang hadir.” Setelah mendengar kata-kata Rasulullah s.a.w. maka Bilal r.a. pun berjalan menuju ke masjid sambil meletakkan tangan di atas kepala dengan berkata: “Aduh musibah.” Sebaik sahaja Bilal r.a. sarnpai di masjid maka Bilal r.a. pun memberitahu Abu Bakar tentang apa yang telah Rasulullah s.a.w. katakan kepadanya.

Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan dirinya apabila ia melihat mimbar kosong maka dengan suara yang keras Abu Bakar r.a. menangis sehingga ia jatuh pengsan. Melihatkan peristiwa ini maka riuh rendah dalam masjid, sehingga Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Fatimah r.a.; “Wahai Fatimah apakah yang telah berlaku?.” Maka Fatimah r.a. pun berkata: “Kekecohan kaum muslimin, sebab anda tidak pergi ke masjid.” Kemudian Rasulullah s.a.w. memanggil Ali r.a. dan Fadhl bin Abas, lalu Rasulullah s.a.w. bersandar kepada kedua mereka dan terus pergi ke masjid. Setelah Rasulullah s.a.w. sampai di masjid maka beliau pun bersolat subuh bersama dengan para jemaah.

Setelah selesai solat subuh maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: “Wahai kaum muslimin, kamu semua sentiasa dalam pertolongan dan pemeliharaan Allah, oleh itu hendaklah kamu semua bertaqwa kcpada Allah s.w.t. dan mengerjakan segala perintahnya. Sesungguhnya aku akan meninggalkan dunia ini dan kamu semua, dan hari ini adalah hari pertama aku di akhirat dan hari terakhir aku di dunia.”

Setelah berkala demikian maka Rasulullah s.a.w. pun pulang ke rumah beliau. Kemudian Allah s.w.t. mewahyukan kepada malaikat lzrail: “Wahai lzrail, pergilah kamu kepada kekasihku dengan sebaik-baik rupa, dan apabila kamu hendak mencabut rohnya maka hendaklah kamu melakukan dengan cara yang paling lembut sekali. Apabila kamu pergi ke rumahnya maka minta izinlah lerlebih dahulu, kalau ia izinkan kamu masuk, maka masukiah kamu ke rumahnya dan kalau ia tidak izinkan kamu masuk maka hendaklah kamu kembali padaku.”

Sebaik sahaja malaikat lzrail mendapat perintah dari Allah s.w.t. maka malaikal lzrail pun turun dengan menyerupai orang Arab Badwi. Setelah malaikat lzrail sampai di hadapan rumah Rasulullah s.a.w. maka ia pun memberi salam: “Assalaamu alaikum yaa ahia baitin nubuwwati wa ma danir risaalati a adkhulu?” [Mudah-mudahan keselamatan tetap untuk kamu semua sekalian, wahai penghuni rumah nabi dan sumber risaalah, bolehkan saya masuk?” Apabila Fatimah mendengar orang memberi salam maka ia-pun berkata; “Wahai hamba Allah, Rasulullah s.a.w. sedang sibuk sebab sakitnya yang semakin berat.”

Kemudian malaikat lzrail berkata lagi seperti dipermulaannya, dan kali ini seruan malaikat itu telah didengar oleh Rasulullah s.a.w. dan Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Falimah r.a.: “Wahai Fatimah, siapakah di depan pintu itu.” Maka Fatimah r.a. pun berkata: “Ya Rasulullah, ada seorang Arab badwi memanggil mu, dan aku telah katakan kepadanya bahawa anda sedang sibuk sebab sakit, sebaliknya dia memandang saya dengan tajam sehingga saya merasa mcnggigil badan saya.”

Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata; “Wahai Fatimah, tahu-kah kamu siapakah orang itu?.” Jawab Fatimah; “Tidak ayah.” Dia adalah malaikat lzrail, malaikat yang akan memutuskan segala macam nafsu syahwat yang memisahkan perkumpulan-perkumpulan dan yang memusnahkan semua rumah serta meramaikan kubur.” Fatimah r.a. tidak dapat menahan air matanya lagi setelah mengetahui bahawa saat perpisahan dengan ayahandanya akan berakhir, dia menangis sepuas-puasnya.

Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar tangisan Falimah r.a. maka beliau pun berkata: “Janganlah kamu menangis wahai Fatimah, engkaulah orang yang pertama dalam keluargaku akan bertemu dengan aku.” Kemudian Rasulullah s.a.w. pun menjemput malaikat lzrail masuk.

Maka malaikat lzrail pun masuk dengan mengucap: “Assalamuaalaikum ya Rasulullah.” Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab: “Wa alaikas saalamu, wahai lzrail engkau datang menziarahi aku atau untuk mencabut rohku?” Maka berkata malaikat lzrail: “Kedatangan saya adalah untuk menziarahimu dan untuk mencabut rohmu, itupun kalau kamu izinkan, kalau kamu tidak izinkan maka aku akan kembali.” Berkata Rasulullah s.a.w.: “Wahai lzrail, di manakah kamu tinggalkan Jibril?” Berkata lzrail: “Saya tinggalkan Jibril di langit dunia, semua para malaikat sedang memuliakan dia.”

Tidak beberapa saat kemudian Jibril a.s. pun turun dan duduk dekat kepala Rasulullah s.a.w. Apabila Rasulullah s.a.w. melihat kedatangan Jibril a.s. maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: “Wahai Jibril, tahukah kamu bahawa ajalku sudah dekat” Berkata Jibril a.s.: “Ya aku memang tahu.” Rasulullah s.a.w. bertanya lagi: “Wahai Jibril, beritahu kepadaku kemuliaan yang menggembirakan aku disisi Allah s.w.t.” Berkata Jibril a.s.: “Sesungguhnya semua pintu langit telah dibuka, para malaikat bersusun rapi menanti rohmu dilangit. Kesemua pintu-pintu syurga telah dibuka, dan kesemua para bidadari sudah berhias menanti kehadiran rohmu.”

Berkala Rasulullah s.a.w.: “Alhamdulillah, sekarang kamu katakan pula tentang umatku di hari kiamat nanti.” Berkata Jibril a.s.: “Allah s.w.t. telah berfirman yang ber-maksud: “Sesungguhnya aku telah melarang semua para nabi masuk ke dalam syurga sebelum engkau masuk terlebih dahulu, dan aku juga melarang semua umat memasuki syurga sebelum umatmu memasuki syurga.” Berkata Rasulullah s.a.w.: “Sekarang aku telah puas hati dan telah hilang rasa susahku.” Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: “Wahai lzrail, dekatlah kamu kepadaku.”

Selelah itu Malaikat lzrail pun memulakan tugasnya, apabila roh nya sampai pada pusat, maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: “Wahai Jibril, alangkah dahsyatnya rasa mati.” Jibril a.s. mengalihkan pandangan dari Rasulullah s.a.w. apabila mendengar kata-kata beliau itu. Melihatkan telatah Jibril a.s. itu maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: “Wahai Jibril, apakah kamu tidak suka melihat wajahku?” Jibril a.s. berkata: “Wahai kekasih Allah, siapakah orang yang sanggup melihat wajahmu dikala kamu dalam sakaratul maut?”

Anas bin Malik r.a. berkata: “Apabila roh Rasulullah s.a.w. telah sampai di dada beliau telah bersabda: “Aku wasiatkan kepada kamu agar kamu semua menjaga shalat dan apa-apa yang telah diperintahkan ke atasmu.” Ali r.a. berkata: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. ketika menjelang saat-saat terakhir, telah mengerakkan kedua bibir beliau sebanyak dua kali, dan saya meletakkan telinga, saya dengan Rasulullah s.a.w. berkata: “Umatku, umatku.” Telah bersabda Rasulullah s.a.w. bahawa: “Malaikat Jibril a.s. telah berkata kepadaku; “Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah s.w.t. telah menciptakan sebuah laut di belakang gunung Qaf, dan di laut itu terdapat ikan yang selalu membaca selawat untukmu, kalau sesiapa yang mengambil seekor ikan dari laut tcrsebut maka akan lumpuhlah kedua belah tangannya dan ikan tersebut akan menjadi batu.”

Sumber dari http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com

Advertisements

Rang Undang-Undang Perubatan Tradisional dibentang tahun depan

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan sedang memuktamadkan Rang Undang-undang Mengenai Perubatan Sokongan Tradisional (PST) yang dijangka dibentangkan di Parlimen awal tahun depan.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata ia kini di peringkat pengumpulan input dan pandangan daripada pelbagai pihak berhubung perkara itu.
Click Here
“Kami sepatutnya menyiapkannya (Rang Undang-undang) tahun ini tetapi masih mendapatkan pandangan daripada Majlis PST, pertubuhan dan pengamal mengenai perkara berkaitan hukuman dan pendaftaran,” katanya.
Liow berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar dan Bengkel Perubatan dan Kiropraktik Cina 2010 dan Pusat Penjagaan Kesihatan Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU) di sini hari ini.

Katanya, ada pengamal bimbang kerajaan akan mengenakan kawalan terhadap pengamal penggunaan rawatan tradisional apabila peraturan itu dilaksanakan kelak.

Beliau berkata, Majlis PST dianggotai pengamal perubatan tradisional dan telah mendaftarkan kira-kira 10,000 pengamal dari seluruh negara.

Katanya, Malaysia bekerjasama dengan China daripada segi latihan dan rawatan serta penyelidikan dan pembangunan dalam bidang perubatan tradisional.
Liow berkata, enam kolej dan universiti swasta di negara ini menawarkan program perubatan tradisional dan sokongan.

Mereka ialah Kolej Perubatan Sokongan di Melaka, INTI International University College (Nilai, Negeri Sembilan), Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya (Cyberjaya), Universiti Pengurusan dan Sains (Shah Alam, Selangor), Universiti Perubatan Antarabangsa (Bukit Jalil, Kuala Lumpur) dan Universiti Tunku Abdul Rahman (Kampar, Perak).

Terdahulu, dalam ucapannya, Liow berkata dua lagi unit PST akan disiapkan sebelum akhir tahun ini iaitu di Hospital Port Dickson dan Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

“Tahun depan, kami akan memperluaskan konsep hospital bersepadu ke lebih banyak hospital, termasuk ke Hospital Sultanah Hajah Kalsom, Cameron Highlands dan Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Baharu,” katanya.

Beliau berkata, kini terdapat enam hospital bersepadu di Malaysia – di Kepala Batas, Putrajaya, Pandan Mewah (Kuala Lumpur), Kuala Terengganu, Sandakan dan Kuching.

Seminar itu memberi fokus terhadap kesihatan holistik pesakit, di samping penyediaan konsep bersepadu dalam bidang penjagaan kesihatan yang menggabungkan perubatan barat dan tradisional serta perubatan sokongan di bawah satu bumbung.

Seminar dua hari itu mempertemukan penceramah dari Malaysia, China dan Australia untuk memperkatakan tentang idea, maklumat dan pengetahuan terkini dalam bidang perubatan sokongan dan tradisional. – BERNAMA

Sumber dari http://www.bharian.com.my

Riak syirik paling halus musnahkan amal ibadat

Oleh Wan Mohd Ruzlan Wan Omar

AMALAN bersedekah adalah jalan bagi mukmin mendekatkan diri serta meningkatkan keimanan kepada Allah. Amalan sedekah membawa kepada keredaan Allah dan menghapuskan dosa.

Firman Allah bermaksud: “Dan apa juga harta yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (faedahnya dan pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredaan Allah dan apa juga yang kamu dermakan daripada harta yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan.” (Surah al-Baqarah: 271)
Click Here
Perlu ditekankan, amalan sedekah yang dilakukan jangan sampai menimbulkan riak kerana perbuatan menunjuk-nunjuk sedekah melambangkan hati yang tidak ikhlas kepada Allah. Ingatlah Allah Maha Mengetahui gerak hati kita.
Islam menegah umatnya berpeluk tubuh dan menjadi penonton terhadap penderitaan orang lain. Menjadi kewajipan orang kaya, pemimpin masyarakat dan negara atau sesiapa saja yang berkemampuan untuk membantu sesama mukmin yang dalam kesusahan.

Jangan sekali-kali mempertikaikan sedekah atau bantuan yang diberikan orang lain kerana sikap membandingkan sedekah yang banyak dengan sedikit adalah bertentangan sama sekali dengan kehendak agama.

Perbuatan sebegini secara tidak langsung akan menghapuskan pahala sedekah, malah membawa kepada kemurkaan Allah.

Sepatutnya, kita bangga melihat ada saudara kita yang mampu bersedekah dan menjadikan sikap murah hati itu sebagai motivasi untuk kita mengikuti jejak mereka.
Riak adalah pemusnah amal ibadah dan Rasulullah menyamakan riak sebagai syirik paling halus seperti sabda Baginda yang bermaksud: “Yang amat aku takuti ke atas kamu ialah syirik yang paling kecil. Kemudian Baginda ditanya mengenainya dan Baginda mengatakan, itulah riak.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Oleh itu, usahlah kita berkembang dada penuh bangga kerana paling banyak bersedekah dan membuat kebaikan.

Rasulullah ada berwasiat yang antara lain katanya: “Benarlah khabar gembira kepada umat ini dengan kemuliaan, ketinggian, kemenangan dan darjat di bumi.
Maka sesiapa melakukan pekerjaan akhirat demi dunia, dia tidak akan mendapat apa-apa di akhirat.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Buatlah amal kebaikan dan bersama berlumba melakukannya serta menjaga keikhlasan hati supaya perasaan riak tidak dapat menyelinap masuk ke dalam hati.

http://www.bharian.com.my/

Hikmah di sebalik penetapan rakaat solat

SAYA ingin tahu, apakah kisah atau iktibar di sebalik penetapan jumlah rakaat solat seperti solat Maghrib tiga rakaat selain solat fardu yang lain?

Joe,
Alor Setar.
Ketentuan rakaat solat lima waktu adalah sebagai berikut iaitu Subuh dua rakaat, Zuhur (4), Asar (4), Maghrib (3) dan Isyak, 4 rakaat. Mengenai ketentuan atau ketetapan ini sudah tentu mengandungi hikmah dan ada rahsianya, sama ada ia diketahui oleh kita ataupun tidak.
Antara hikmah penetapan dua rakaat untuk solat Subuh, adalah kerana waktu Subuh itu adalah masa yang mana manusia baru saja bangun tidurnya dan kadang-kadang mengantuk masih mempengaruhinya. Pada masa sama, rasa malas juga belum hilang, maka Allah ringankan waktu Subuh itu dengan menentukannya dua rakaat saja, namun tidak diringankan bagi waktu solat yang lain.
Bagi Zuhur dan Asar adalah kerana pada kedua waktu itu, semangat dan kesegaran masih melimpah maka ditentukan untuk kedua-dua waktunya dengan masing-masing empat rakaat.

Manakala hikmah solat Maghrib itu tiga rakaat adalah sebagai isyarat Maghrib itu adalah witir siang. Dan Isyak ditetapkan empat rakaat yang rahsianya bagi menampung kekurangan malam daripada siang. Ini disebabkan pada waktu malam ada dua fardu saja sedangkan siang ada tiga fardu.

Dalam lima waktu solat itu, kita boleh membuat pengkelasan berdasarkan jumlah rakaat solat iaitu Tsunaiyah (merujuk dua) iaitu solat Subuh, Thulatsiyyah (yang merujuk tiga) iaitu solat Maghrib serta Rubaiyah (merujuk empat) ada tiga iaitu solat Zuhur, solat Asar dan solat Isyak. Dan tiada rakaat lain selain yang dinyatakan tadi.
Bilangan dua, tiga dan empat ini adalah sesuai dengan ciptaan Allah SWT iaitu sayap malaikat ada yang dua, ada yang tiga dan ada yang empat sebagai mana firman Allah yang bermaksud: Segala puji tertentu bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi, yang menjadikan malaikat utusan-utusan yang bersayap dua, tiga dan empat. Ia menambah bentuk kejadian makhluk yang diciptakan-Nya. Sesungguhnya Allah berkuasa menciptakan sesuatu. Surah Fathir ayat 1

Maka dengan sayap inilah malaikat berkenaan dapat menuju al-Maianul Ala (makam yang lebih tinggi) sebagai mana yang dijadikan untuk Bani Adam ini solatnya dua rakaat, tiga rakaat dan empat rakaat laksana sayap malaikat, maka sampailah mereka dengan rakaatnya ini kepada Allah SWT.

Inilah hikmat yang pernah diutarakan oleh para ulama, antaranya sebagai mana yang dinyatakan dalam kitab Hasyiah Bajuri, juz 1, halaman 118 dengan maksud terjemahannya: Dan hikmah Subuh itu dua rakaat, adalah kekalnya malas disebabkan tidur. Dan hikmah keadaan setiap satu daripada solat Zuhur dan Asar, masing-masing empat rakaat, adalah kerana melimpah kegiatan (semangat) pada waktu kedua-duanya.

Dan hikmah waktu Maghrib itu ditetapkan tiga rakaat, menunjukkan bahawa solat Maghrib itu adalah witirnya siang. Dan hikmah keadaan Isyak itu empat rakaat, ialah bagi menampung semua kekurangan malam daripada siang.
Pada waktu malam itu cuma ada dua (solat) fardu manakala pada siang ada tiga solat fardu. Apatah lagi sesungguhnya sudah menjadikan Allah bagi malaikat akan sayap serba dua, serba tiga, serba empat.

Maka sampailah mereka itu kepada makam yang tinggi dengan sayap berkenaan. Maka Allah menjadikan bagi anak Adam itu akan solat, ada yang dua rakaat, ada yang tiga rakaat, ada yang empat rakaat, seperti sayap malaikat, supaya mereka sampai dengan solat yang dikerjakan untuk Allah SWT.

Sebenarnya masih banyak hikmah yang terkandung dalam segala perintah, segala apa yang ditentukan Allah SWT baik mengenai kejadian ataupun hukum-Nya.

Tetapi apa yang dapat kita rasakan dan ketahui dari hikmah itu, tidaklah boleh kita menganggap itulah saja menjadi rahsianya. Namun hakikatnya hanya Allah SWT saja yang mengetahuinya. Dan hikmah itu ada kalanya dengan jalan Kasyaf. Ini disebabkan ada di antara mereka dinamakan Muhaddats, yang mana dibukakan kepada mereka sebahagian daripada rahsia kejadian dan syariat. Wallahualam.

Sumber dari http://www.bharian.com.my

Ilmu Hitam (Minyak Dagu)

Artis mangsa minyak dagu

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Asmah Rusman
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Akibat disihir dengan minyak dagu mayat, seorang pelakon wanita drama bersiri popular membuat pengakuan pernah meninggalkan suami dan tiga anaknya semata-mata untuk bersekedudukan dengan seorang lelaki warga Kemboja yang baru dikenali walaupun ketika itu dia hamil tiga bulan.

Mangsa mendakwa ilmu hitam itu menyebabkan dia seolah-olah menjadi hamba seks lelaki terbabit selama lebih dua tahun sekitar 2007 hingga 2009. Sepanjang tempoh itu juga, semua pendapatan bulanannya turut diserahkan kepada lelaki berkenaan.

Lebih tragis lagi, pelakon itu yang berusia 27 tahun dan hanya mahu dikenali sebagai D berkata, dia juga terlantar selama sebulan di wad psikiatrik, Hospital Selayang dekat sini, selepas doktor mengesahkan dia mengalami gangguan mental.

“Segala-galanya bermula selepas saya berkenalan dengan seorang penghantar surat yang kerap datang ke pejabat saya di Damansara atas urusan kerja.

“Entah mengapa saya tiba-tiba seperti hilang pertimbangan diri kerana sentiasa dihantui wajah lelaki berusia 24 tahun itu seolah-olah ada satu daya tarikan istimewa pada dirinya.

“Saya gagal mengawal diri sehingga tidak mampu menolak setiap arahan yang diberikan, malah tidak teragak-agak meninggalkan suami dan anak untuk tinggal serumah dengan lelaki itu di Gombak,” katanya.

D berkata, sepanjang tinggal dengan lelaki itu, dia dilayan seperti pembantu rumah apabila diarah melakukan semua kerja rumah selain terpaksa menyerahkan semua wang pendapatannya.

“Biarpun dimaki-hamun dan dipukul saban hari, saya tidak pernah terfikir untuk meninggalkannya, malah hati saya tetap menyayanginya. Setiap kali saya berhasrat pulang ke pangkuan anak-anak, seolah-olah ada satu kuasa mematikan niat saya itu,” katanya.

Menurut D, hampir tiga tahun bersama lelaki durjana itu, dia langsung tidak pernah menjenguk orang tuanya di kampung dan suaminya juga gagal menjejaki tempat tinggalnya.

“Saya juga seperti dirasuk kerana setiap kali ada pihak melarang hubungan kami, saya tidak teragak-agak memarahi serta memaki-hamun mereka,” katanya.

Kemuncaknya, keadaan diri D menjadi tidak keruan apabila lelaki itu menghilangkan diri. Dia mula meracau siang dan malam memanggil nama lelaki itu hingga akhirnya terpaksa dimasukkan ke hospital.

Selepas terlantar di hospital, barulah keluarganya dapat bertemu dengan D selepas dihubungi pihak hospital dan sokongan mereka membuka laluan untuk D kembali pulih seperti sedia kala.

“Saya hanya menangis sepanjang tempoh ditahan di hospital. Ketika itu, bapa menasihati saya supaya kuat semangat dan memohon pertolongan daripada Allah.

“Bimbang melihat keadaan saya semakin parah, bapa membawa saya berjumpa pengamal perubatan tradisional kerana mengesyaki saya terkena ilmu hitam,” kata D.

Menurutnya, selepas berubat dengan dua pakar perubatan tradisional, dia diberitahu lelaki itu menggunakan ilmu hitam dengan mencalitkan minyak dagu pada badannya.

“Saya turut diberitahu lelaki terbabit menggunakan sihir itu untuk mengikis harta ramai gadis sebelum menghilangkan diri,” katanya.

D bersyukur kepada Allah kerana hasil rawatan tradisional dia semakin pulih dan kini sudah mampu melupakan lelaki berkenaan.

Bagaimanapun, perbuatan kejam lelaki itu menyebabkan rumah tangga D berakhir apabila dia diceraikan suaminya pada penghujung tahun lalu.

“Tentunya dia marah dan kecewa dengan apa yang berlaku, tapi dia tak tahu saya menjadi mangsa ilmu hitam. Kini saya sudah mampu menjalani kehidupan seperti biasa dan melupakan episod perit yang meragut kebahagiaan rumah tangga saya.

“Saya sanggup berkongsi pengalaman hidup saya kerana mahu ia menjadi pengajaran kepada semua wanita. Berhati-hatilah dan jangan mudah percaya dengan lelaki,” katanya.

Sumber dari http://www.hmetro.com.my/

Perkhidmatan sheikh haji wujud sejak zaman Hang Tuah

Oleh Aiza Maslan @ Baharudin

ORANG Melayu sememangnya sudah maklum dan menggunakan perkhidmatan ‘sheikh haji’ sejak beberapa kurun lalu. Sheikh haji adalah organisasi popular dan berperanan penting dalam hal-ehwal pengurusan haji.

Catatan awal mengenai sheikh haji terdapat dalam naskhah Melayu lama seawal abad ke-15 lagi. Hikayat Hang Tuah umpamanya memaparkan peranan dimainkan Malek R.s.t.l di Makkah dan Sheikh Jamaluddin di Madinah dalam menjaga kebajikan rombongan Hang Tuah.
Dalam Tuhfat al-Nafis turut digambarkan bagaimana rombongan Raja Ahmad dan Raja Ali Haji disambut serta ditawarkan perkhidmatan oleh Sheikh Ismail, Sheikh Ahmad Mushaffi dan wakil Sheikh Daud di Jeddah.
Raja Ahmad akhirnya memilih Sheikh Ahmad Mushaffi yang berketurunan Bugis bagi memudahkan interaksi antara mereka.

Sistem sheikh diwujudkan bagi memenuhi keperluan jemaah haji yang datang dari seluruh dunia untuk membimbing melaksanakan tuntutan haji, membantu memahami selok-belok kehidupan di Tanah Suci sekali gus menyediakan kemudahan penginapan, makan minum dan pengangkutan sepanjang musim haji.

Gelaran sheikh haji hanya digunakan oleh orang Melayu di Asia Tenggara, namun dalam persuratan dan urusan rasmi, istilah broker haji lebih kerap digunakan.

Jemaah haji Tanah Melayu diletak di bawah pengawasan sheikh haji yang dikhususkan bagi taifah Asia Tenggara. Dengan pelaksanaan sistem taqrir yang menetapkan sheikh haji mengikut daerah tertentu mewujudkan gelaran sheikh haji mengikut kawasan seperti Sheikh Ahmad Lampong atau Sheikh Hussin Jambi.
Sheikh haji biasanya boleh bertutur dalam bahasa Melayu dan Jawa berdasarkan pengalaman mereka menetap di kawasan berkenaan atau mengahwini wanita daripada komuniti Melayu-Indonesia yang bermastautin di Hijaz.

Sheikh haji di Tanah Melayu sebahagian besarnya terdiri daripada keturunan Arab yang berkhidmat bagi pihak sheikh haji di Tanah Suci. Ada sebilangannya bergerak bebas tanpa terikat.

Mereka ini mengatur perjalanan jemaah haji, mendapat bayaran sagu hati daripada syarikat perkapalan, menemani jemaah haji ke Tanah Suci dan menyerahkan jemaah haji kepada sheikh haji Tanah Suci yang diwakili mereka.

Ada juga antara mereka menyerahkan jemaah haji kepada sheikh haji Tanah Suci yang menawarkan bayaran lebih tinggi. Kebanyakan mereka berpusat di Singapura, Pulau Pinang dan bergerak ke seluruh Semenanjung Tanah Melayu serta negara jiran.

Jemaah haji Melayu biasanya bertemu sheikh haji ketika mereka mengadakan kempen di kampung.

Ada juga memilih sheikh haji berdasarkan syor oleh sanak-saudara dan rakan yang berpuas hati dengan perkhidmatan sheikh haji terbabit. Selain itu, guru pondok turut berperanan menentukan sheikh haji bagi pelajarnya yang akan menunaikan fardu haji.

Selepas pemilihan sheikh haji dan pembayaran dilakukan, kontrak itu tidak dapat diubah dan jemaah haji akan kekal di bawah pengawasan sheikh haji itu sehingga selesai musim haji.

Penulis ialah Pensyarah Kanan Bahagian Falsafah dan Tamadun Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang

Sumber dari Berita Harian Online – http://www.bharian.com.my/

Cinta bantu ummah capai kemanisan iman

Oleh Nik Salida Suhaila Nik Saleh
salidasuhaila99@yahoo.com

Perasaan kasih sayang dipengaruhi nafsu tidak bermakna, merosakkan diri manusia

KEBELAKANGAN ini bukan sedikit anak gadis yang hilang kerana cinta, disebabkan kekasih, mereka sanggup kehilangan ibu bapa, keluarga juga tanah air tercinta.
Kisah gadis dilarikan ke Lombok terus berlaku, malah ada yang rela mengharungi perjalanan beribu batu untuk menjalani hidup baru di sana. Malangnya, ramai antara mereka yang tidak betah hidup berbekalkan cinta semata-mata, lalu pulang ke pangkuan keluarga.
Tidak kisahlah dibawa lari atau sengaja ingin pergi, soalnya bagaimana gadis belasan tahun boleh mengikut seorang lelaki? Bukankah sosial ada batasnya, apatah lagi anak gadis yang umpama bunga mekar tentunya perlu dilindungi supaya tidak diusik apa lagi disentuh oleh sesiapa pun.

Namun realitinya hari ini, jika tidak dibenteng diri sendiri, ramai tidak tahu membawa diri. Bukan itu saja, ada wanita memilih untuk berkahwin tanpa mengikut hukum hakam yang betul.

Perkahwinan sindiket, poligami tidak sah, sanggup dilakukan hanya untuk hidup bersama tanpa memikirkan baik buruknya jika tersilap perhitungan.

Cinta wujud demi menepati fitrah manusia. Kesenian cinta didasari runtunan fitrah tanpa dicabul nafsu syahwat, adalah lambang keamanan dan ketenangan. Namun, cinta sering kali diperalatkan untuk melangsaikan keghairahan nafsu.

Demi kemakmuran manusia sejagat, kita mesti menangani fenomena cinta dengan nilai fikrah yang suci dan iman yang komited kepada Allah SWT.

Cinta sebenar adalah perasaan luar biasa yang lahir daripada hati kepada orang lain. Cinta luar biasa didasari kecintaan kepada Allah SWT. Semakin kuat perasaan cinta itu, makin kita cinta Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa yang ingin mendapatkan kemanisan iman maka hendaklah ia mengasihi seseorang kerana Allah SWT.”

Permasalahan cinta yang dihadapi secara serius golongan remaja kini ialah pertembungan antara cinta hakiki dan cinta palsu menyebabkan mereka menghadapi dilema perasaan. Individu Muslim sewajarnya peka terhadap kehadiran cinta yang menguasai jiwa.

Cinta dikuasai nafsu syahwat adalah cinta palsu yang tidak bermakna dan akan merosakkan diri manusia.

Cinta kerana harta, adalah cintakan harta, cinta kerana pangkat adalah cintakan pangkat, cinta kerana keturunan adalah cintakan keturunan, ia bukannya perasaan cinta yang lahir daripada hati yang ikhlas untuk bersama si dia sepanjang hayat.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Demi Allah, bukan kefakiran yang aku takut menimpa kamu, tetapi aku takut kamu dibentangkan dengan kemewahan dunia seperti dibentangkan kepada umat pada zaman dulu, lalu kamu bergelumang dengan dunia dan merebutnya sebagaimana mereka sebelum kamu lalu kamu binasa sebagaimana mereka binasa.”

Memiliki harta tidak dihalang oleh syarak sebaliknya cinta harta itulah yang dipandang keji tetapi harta bermanfaat apabila ia menjadi alat bantu perjuangan menegakkan agama Allah SWT.

Firman Allah SWT bermaksud: “Berangkatlah sama ada ringan atau berat dan berjihadlah dengan harta dan jiwa kamu di jalan Allah, sedemikian itu terlebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui.” (Surah at-Taubah, ayat 41)

Cinta pangkat dan kedudukan, jika melanda individu dalam gerakan Islam akan menyuburkan lagi persengketaan dingin yang melambatkan proses mencapai kemenangan. Kadang-kadang terfikir juga, untuk apa mengejar pangkat dan kedudukan sedang di akhirat kelak kita menjadi manusia hina?

Kita harus tahu perasaan yang lahir dalam hati adakah ia mendorong kepada hidup bersama untuk mencapai reda-Nya atau sebaliknya? Jika perasaan cinta itu ber-tujuan untuk mendapatkan kemanisan iman, teruskanlah dengan perkahwinan. Jika sebaliknya, percayalah cinta itu buta dan akan menggelapkan kehidupan.

Sumber dari Berita Harian Online – http://www.bharian.com.my/

Ibu bapa takwa lahirkan zuriat beriman

Oleh Nik Salida Suhaila Nik Saleh

Pendidikan awal melalui teladan bermula dari rumah bantu anak hadapi pancaroba hidup

PEMERDAGANGAN bayi sudah berlarutan sejak sekian lama. Berikutan itu, kejadian yang hangat dilaporkan kini tidak begitu mengejutkan. Lebih malang, anak remaja diperjudikan dan mereka membesar tanpa pegangan agama hingga akhirnya hidup dalam maksiat.
Benar, dunia tanpa sempadan menuntut komitmen luar biasa terhadap kehidupan, kerana wang manusia sanggup berbuat apa saja sehingga kasih sayang sudah tiada nilainya jika kemewahan tiada di depan mata.
Inilah padahnya apabila ibu bapa tidak tahu menghargai anugerah yang diberikan Yang Esa. Bukan semua orang dikurniakan cahaya mata kerana ada yang sekian lama memohon tetapi tidak diperkenan oleh-Nya.

Ada yang berikhtiar dengan segala upaya tetapi hampa. Apa pun, hikmahnya tetap ada cuma keterbatasan akal manusia menghalang kita memahaminya.

Jika dulu tugas ibu bapa cukup dengan mengawasi anak di depan mata tetapi hari ini ada dunia lain yang dihuni anak tanpa dapat diintai si ibu. Inilah yang dikatakan alam maya, anak kecil juga tahu merentasinya tanpa berbekalkan wang, cukup jari tahu menari.

Sama ada alam maya menjadikan anak lebih berilmu atau sebaliknya bergantung kepada kesediaan ibu bapa mencari ilmu menghadapi tanggungjawab mentarbiah anak dalam dunia serba mencabar kini.
Semua ibu pasti berasakan tanggungjawab membesarkan anak lebih sukar daripada mencari rezeki buat mereka. Apatah lagi jika ibu berkerjaya dan pada masa sama memikul tugasan membimbing cahaya mata.

Sudah pasti masa diperuntukkan berganda banyaknya, tenaga diperah tidak terhingga, tetapi semua kerana tanggungjawab yang perlu dilaksana. Ibu bapa tidak akan berasa penat dan lelah apabila melihat anak semuanya berjaya.

Setiap ibu yang mengerti suruhan agama tahu tanggungjawab dipikul dan kesan buruknya jika tidak ditunaikan untuk memastikan amanah Allah SWT yang lahir dari rahimnya memulakan kehidupan di dunia dengan baik dan akhirnya juga bagus.

Bahkan anak yang lahir daripada benih bapa dan ibu yang bertakwa serta takutkan Allah SWT yang berjaya dididik mengikut landasan agama akan menyelamatkan ibu bapanya daripada api neraka hanya dengan doa mereka.

Sudah tentu setiap ibu bapa ingin menyelamatkan anak daripada api neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu, tetapi hasrat itu tidak akan tercapai tanpa usaha membimbing anak mentaati suruhan Allah SWT serta menjauhi larangan-Nya.

Allah berfirman yang bermaksud: “Hai orang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka, yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu.” (Surah at-Tahrim, ayat 6)

Didikan ibu bapa yang membimbing anak melalui teladan akhlak baik mampu membantu mereka bijak menilai apa yang baik atau buruk tanpa boleh dipengaruhi oleh sesiapa.

Ibu bapa tidak perlu takut merotan anak yang melakukan kesalahan seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Perintahkanlah anakmu melaksanakan solat pada usia mereka tujuh tahun dan pukullah mereka apabila enggan mengerjakannya pada usia 10 tahun.” (Hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Nabi tidak meminta anak dipukul sebelum usianya 10 tahun walaupun mereka melanggar perintah Allah SWT, tetapi mereka perlu sentiasa dinasihat dan dibimbing supaya proses pembentukan akhlak mulia dapat dilakukan dengan sempurna serta konsisten.

Ibu bapa yang tidak bertegas atau merotan anak kerana meninggalkan perintah Allah SWT selepas mereka berusia 10 tahun bakal mendepani anak yang tidak boleh ditegur jika melakukan kesalahan, tidak taat perintah Tuhan, serta keliru antara suruhan dan larangan agama.

Sumber dari Berita Harian Online – http://www.bharian.com.my/

Kecelaruan nasab akibat jahil hukum anak angkat

Oleh Tuan Musa Awang

Bin atau bintikan bayi dengan nama bapa angkat cetus masalah seperti wali, perwarisan

PENDEDAHAN mengenai sindiket penjualan bayi yang mampu mendaftar kelahiran dan pada masa sama berupaya menghapuskan identiti ibu bapa kandung bayi akan menyebabkan kecelaruan nasab dan keturunan terutama jika yang membeli adalah orang Islam.
Mengambil anak angkat dan memeliharanya adalah harus dalam Islam, namun perbuatan mendaftarkan nama anak angkat dengan berbin atau bintikan nama bapa angkat adalah haram.
Hukum ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan dia juga tidak menjadikan anak angkat kamu sebagai anak kamu sendiri. Panggillah anak angkat itu dengan berbinkan kepada bapa mereka sendiri, cara itulah yang lebih adil di sisi Allah.” – (Surah al-Ahzab, ayat 4 dan 5)

Sementara Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Orang yang membinkan (atau binti) kepada orang yang bukan bapanya yang sebenar, maka ia dilaknati oleh Allah.”

Dalam suatu riwayat oleh Aisyah Abu Bakar, Abu Huzaifah ibn Utbah dan Salim Mawla Abu Huzaifah berkata: “Abu Hudhaifah, salah seorang yang berjuang dalam perang Badar dengan Nabi Allah, mengambil Salim sebagai anaknya dan mengahwini anak buah perempuannya Hind binti Al-Wahd bin ‘Utba padanya dan Salim sebagai seorang hamba dibebaskan daripada seorang wanita Ansar. Nabi Allah juga mengambil Zaid sebagai anak lelakinya.

Sewaktu zaman Jahiliah sebelum Islam adatnya adalah biasa, jika seorang mengangkat seorang anak lelaki, orang memanggilnya dengan nama bapa angkatnya yang dia akan mewarisi juga, hingga Allah mewahyukan: “Panggil mereka (anak lelaki angkat) dengan (nama) bapa mereka.”
Orang Islam yang mengambil anak angkat dinasihatkan supaya mengekalkan nama bapa sebenar anak itu, jika bapa sebenar itu beragama Islam atau dibinkan kepada Abdullah jika anak angkatnya itu bukan berasal daripada orang Islam.

Menukar nama bapa sebenar adalah seperti menafikan dan memutuskan perhubungan nasab antara anak dengan ibu bapanya dan melucutkan hak perwalian bapa sebenar ke atas anaknya. Ibnu al-Qayyim dalam kitab Zad al-Maad, mencatatkan: Sesungguhnya nasab itu sabit pada asalnya ialah kepada bapa.”

Hak menetapkan nasab itu ialah hak Allah dan memelihara hak Allah serta hak kanak-kanak itu wajib kerana Islam memelihara asal keturunan atau nasab penganutnya.

Soal mendaftarkan anak angkat kepada bapa angkat jika tidak diberi perhatian akan menimbulkan kecelaruan generasi dan keturunan umat Islam. Seorang gadis yang diwalikan bapa angkat tidak sah akad nikahnya, urusan akad itu mesti diserahkan kepada wali hakim.

Bapa angkat juga tidak boleh mewakilkan kepada wali hakim kerana dia tidak ada hak wali seperti bapa kandung. Jika ibu bapa angkat berpakat menyembunyikan perkara ini dan membiarkan bapa angkat mewalikan pernikahan anak angkatnya, maka perkahwinan itu tidak sah (fasid).

Bagaimana pula dengan status nasab anak yang lahir daripada pernikahan yang fasid. Ini perlu diberi perhatian ibu dan bapa angkat supaya tidak mengambil ringan hukum agama yang akibatnya nanti hanya akan mendatangkan keburukan kepada anak angkat mereka.

Hubungan anak angkat dengan keluarga angkat juga dibatasi hukum hakam syarak, walaupun anak diambil, dipelihara sejak kecil dan tinggal di bawah satu bumbung seperti masalah aurat serta pergaulan kerana adik beradik angkat adalah bukan mahram.

Dalam pewarisan, anak angkat tidak berhak mewarisi harta pusaka yang ditinggalkan ibu bapa angkat kecuali ada sebab lain yang diharuskan syarak seperti hibah atau wasiat.

Jika status anak angkat disembunyikan bagi mendapat bahagian dalam harta waris, maka ia akan menghalang keluarga sebenar yang lebih berhak, menimbulkan perasaan tidak baik dalam kalangan keluarga. Harta diperoleh juga adalah haram kerana bukan haknya yang sebenar.

Sehingga kini, tiada peruntukan mengikut Enakmen Jenayah Syariah yang membolehkan seseorang dihukum atas kesalahan menamakan anak angkat kepada bapa angkat. Bagaimanapun, perbuatan seorang Islam menyerahkan, memberi atau menjual anaknya atau kanak-kanak di bawah peliharaan kepada seorang bukan Islam untuk menjaganya adalah satu kesalahan.

Seksyen 35 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 memperuntukkan: “Mana-mana orang yang menjual, memberikan atau menyerahkan anaknya atau kanak-kanak di bawah peliharaannya kepada seseorang yang tidak beragama Islam adalah melakukan suatu kesalahan, dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan mahkamah boleh membuat apa-apa perintah yang difikirkan patut berkenaan dengan anak atau kanak-kanak itu.”

Merahsiakan status anak angkat kerana takut anak itu kembali kepada keluarga asal adalah dilarang kerana ia umpama memisahkan kasih sayang dengan ibu, bapa atau keluarganya sebenar.

Ia juga akan menimbulkan kesan besar kepada perkembangan masyarakat dan keturunan umat Islam kerana dikhuatiri suatu masa nanti ramai anak yang diragui status keturunannya kerana kesilapan ketika mendaftarkan kelahiran. Walaupun anak dijaga pihak lain, asal usul keturunan perlu dikekalkan dan dipertahankan.

Penulis ialah Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)

Sumber dari Berita Harian Online – http://www.bharian.com.my/

Kekang nafsu ‘gelap’

BAGAIMANA cara menghentikan ketagihan terhadap nafsu dalam diri termasuk nafsu amarah, seks serta yang membawa kepada kemungkaran buat selama-selamanya dan bagaimana pula untuk dapatkan taubat sebenar-benarnya.

Sifat nafsu amarah memang sentiasa mengajak kepada dosa, di mana kegagalan mengawal nafsu syahwat bagi majoriti manusia adalah satu lumrah.

Bagaimanapun, dalam kehidupan ada segelintir yang mampu mengekang nafsu mereka hasil ‘mujahadah’ atau usaha kuat untuk menghindari, sekali gus menghentikannya. Namun, ada kalanya mereka yang mampu mengawal juga tertewas.

Allah SWT menyebut perihal kegagalan manusia dalam mengekang nafsu, sebagai contoh dalam surah Al-Baqarah, ayat 187 yang bermaksud: “Dihalalkan bagi kamu pada malam hari bulan puasa bercampur dengan isteri kamu; mereka adalah pakaian bagimu, dan kamu pun adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu tidak dapat menahan nafsumu, kerana itu Allah mengampuni kamu dan memberi maaf kepadamu.”

Melalui ayat ini, sebahagian umat Islam gagal mengikat nafsu syahwat kelaminnya hingga ‘bersama’ isterinya di siang Ramadan.

Dengan segala kelemahan manusia, Allah SWT membenarkan suami isteri untuk bersama di malam hari Ramadan, namun masih ada juga yang ‘terlepas’ melakukannya di siang hari, oleh itu Islam menetapkan cara dendanya.

Kifarah adalah satu bentuk denda dan apabila seseorang melakukan dosa, taubat adalah jalannya.

Allah SWT menegaskan bahawasanya: “Sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi Rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Yusuf, 53)

Persoalan yang timbul ialah, bagaimana mengekang nafsu yang ada dalam diri.
Ringkasnya, saya ingin mengingatkan individu yang menulis soalan ini bahawa mengekang dan melawan kehendak nafsu syahwat sememangnya bukan mudah.

Itulah sifat ‘peperiksaan’ yang diberi oleh Allah SWT bagi ‘menapis’ dan mengenal pasti hamba-Nya yang bersungguh-sungguh, ikhlas dan beriman serta yang kurang dan tidak beriman. Bagi yang berjaya, ganjarannya sudah tentu sangat hebat, yakni di Syurga Allah SWT.

Justeru, kita tidak perlu mengeluh dan hairan dengan ketagihan nafsu, kedegilannya, kesukaran menanganinya dan mengawalnya.

Sebaliknya, yang perlu dilakukan adalah mengukuhkan azam untuk berubah. Ia sukar untuk diajar melalui tulisan, tetapi kesedaran dan keinginan inilah yang perlu untuk bertindak.

Caranya, kenali sumber serta punca yang mampu membiakkan ‘kekuatan’ terhadap nafsu itu, dan sebaik dikenal pasti, potong dan hapuskan ia.

Selain itu, kita perlu tahu cara, suasana, tempat dan berdamping dengan individu yang dapat menarik diri kita kepada kebaikan dan lupakan syahwat.

Kesimpulannya, proses ini memang memerlukan ‘pantang larang’ yang merujuk kepada perkara yang tidak boleh dibuat dan ‘kemestian’ yang merujuk kepada perkara yang perlu dibuat.

Ia proses ‘Sunnatullah’ untuk segala jenis penyembuhan, sama ada hati dan iman berbentuk spiritual dan juga tubuh fizikal.

Ini sama seperti menangani penyakit kencing manis daripada sudut konsepnya, di mana mereka perlu menghadapi cabaran mengawal nafsu makan yang tinggi dan terhalang daripada menikmati juadah lazat.

Jadi jelas di sini, pantang larang ini perlu dilakukan secara terpaksa itulah satu mujahadah (usaha).

Oleh itu, cuba fikirkan, bagaimana pantang larang ini akhirnya mampu dipupuk serta diikuti dan itulah satu jalan permulaan untuk mengawal nafsu dalam diri.

Ini sama bagi mengekang nafsu syahwat seks ‘gelap’, di mana setiap umat Islam perlu meyakini bahawa setiap perbuatan itu kelak pasti diazab oleh Allah SWT dengan mengingatkan bahawa adanya azab neraka, azab kubur, mati dalam kehinaan (suul khatimah) atau dalam kemaksiatan, tidak memperoleh Rahmat Allah atau tiada peruntukan syafaat daripada Rasulullah SAW.

Memang benar, implikasi buruk ini semuanya berupa hal ghaib, namun bukan itu saja, ada banyak pula implikasi buruk di dunia yang mesti disenaraikan di dalam minda dan hati seperti, ia mungkin membawa kepada perceraian, pasangan zina mengandung anak luar nikah yang akhirnya boleh membawa kepada pembunuhan terhadap anak luar nikah berkenaan bagi menutup aib, kejian masyarakat atau dijangkiti penyakit kelamin seperti AIDS.

Disebabkan itu, tanam semua implikasi berbentuk spiritual itu dalam minda dengan harapan ‘nyalaan’ nafsu itu tadi dapat ditangani.

Sehubungan itu, tentu proses pertama untuk mengekang nafsu syahwat seks ‘gelap’ adalah dengan meningkatkan ilmu dan keyakinan terhadap kedua-dua ilmu, ghaib dan fizikal, iaitu kesan buruknya.

Insya-Allah, ia akan mampu menjadi pendinding awal sebelum berlakunya dosa dorongan syahwat nafsu itu.

Orang berilmu juga ramai yang menyeleweng?
Tidak dinafikan, ramai juga yang sudah punyai ilmu tetapi masih ‘jatuh’ dan terlanjur melakukan maksiat sama ada secara serius atau tidak, besar atau kecil.

Tatkala itu, datanglah fungsi taubat yang disebut oleh Allah SWT di atas.

Berbekalkan kefahaman dan asas yang sudah ada, usaha mengukuh dan menyuburkan kembali keimanan lebih mudah daripada individu yang tiada asas dan pasak kukuh.

Kerana itu, binalah pasak dalam diri mengenai iman dan ilmu dengan segera terlebih dulu kerana tanpanya, perubahan kepada kebaikan akan terbantut di suku perjalanan.

Sebagai kesimpulan, sebagai tambahan kepada penjelasan di atas, ada perlu mengetahui perkara yang perlu serta tidak perlu dilakukan seperti:

# Fikirkan sasaran kehidupan dan berusaha melaksanakannya. Jauhkan pemikiran berkenaan seks dan penuhkan masa dengan berusaha mencapai sasaran itu.
# Wujudkan keyakinan bahawa Allah SWT melihat apa yang dilakukan di ketika ramai mahupun kala sendirian.
# Sedarkan diri bahawa malaikat turut sentiasa bersama kita mencatat apa yang dilakukan.
# Rapatkan hubungan dengan ahli keluarga yang baik dan soleh.
# Putuskan hubungan ‘songsang’ dan ‘gelap’ sama ada yang dibuat secara suka-suka atau serius, yang diperoleh melalui Internet atau fizikal, melalui laman sembang, e-mel, web dan sebagainya. Jika berseorangan di depan komputer boleh menyebabkan pemikiran syahwat naik, elak berseorangan di depan komputer.

Jika berbual mesra dan makan tengah hari bersama rakan sekerja lain jantina itu puncanya, elak melakukannya dan makan sendirian atau bersama jantina yang sama.

# Putuskan hubungan adik, kakak dan abang angkat berlainan jantina kerana ia tidak lain kecuali haram dan pendorong maksiat.
# Sertai kumpulan NGO atau kumpulan berasaskan dakwah dan keagamaan kerana dengannya, ia membuka ruang mendapat rakan yang baik, selain itu masa kosong dan pemikiran syahwat dapat dibendung.
# Ziarah kubur secara kerap supaya syahwat menjadi tawar akibat pemikiran kepada kematian.
# Kalau komputer dan Internet kerap menjadi punca peningkatan syahwat, banyakkan mendengar bacaan al-Quran di depan komputer. Insya-Allah, dengannya rasa malu akan timbul. Namun jika syahwat masih ‘menggila,’ segera berhenti dan lihatlah awan, langit, pokok dan laut dan ingatkan kebesaran Allah.
# Memastikan harta diperoleh daripada sumber halal kerana sumber haram menambah perisa syahwat kepada yang lebih kuat dan dahsyat. Ia ibarat mutasi virus yang lebih berbahaya kepada kesihatan.
# Amalkan puasa sunat, zikir secara berdisiplin setiap kali (baca zikir mathurat contohnya) selepas solat dan doa sebanyak mungkin ketika sujud di dalam solat supaya diberi kekuatan untuk mengawal nafsu syahwat.
# Segera beristighfar dan bertaubat walau belum jatuh dalam maksiat berat sebagaimana dinyatakan dalam Surah Al-Imran, bahawasanya: “… dan bersegeralah kamu kepada keampunan daripada Tuhanmu dan syurga yang terbentang seluas langit dan bumi, disediakan bagi orang bertakwa.”

Sumber dari Harian Metro Online – http://www.hmetro.com.my/